SERUM PINTAR

Clinique mencipta serum hebat yang merawat masalah kulit yang boleh dilihat dan yang terlindung.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Smart Custom-Repair Serum, itulah serum ilham baru Clinique. Serum ini hadir dengan kuasa 37 paten yang bertindak merawat dan memperbaiki pelbagai masalah kulit. Serum ini dicipta untuk memenuhi keperluan kulit yang berubah-ubah. Lebih lima tahun pakar kulit Clinique berkampung di dalam makmal untuk menghasilkan serum pintar ini.

Kulit yang rosak memberi petunjuk akan ‘kesakitannya’ dan serum ini akan menghantar bahan yang bersesuaian yang punya kuasa untuk memperbaiki kondisi kulit. Lebih istimewa, bahan yang tidak diperlukan oleh kulit pula akan sentiasa bersedia menanti sebarang isyarat yang ditunjukkan oleh sel kulit.

Serum ini sesuai digunakan semua jenis kulit, tanpa mengira usia dan etnik. Ratakan dua titik serum ini pada kulit dengan cara mengurut lembut menggunakan jari. Sapukan dua kali sehari selepas selesai langkah asas rejim belaian kulit anda. Lengkapkan dengan sapuan pelembap dan krim tabir suria. Harganya, RM255 (30ml) dan RM350 (50ml).

5 Soalan DR. TOM MAMMONE, EXECUTIVE DIRECTOR OF SKIN PHYSIOLOGY & PHARMACOLOGY

1

Clinique adalah satu jenama yang cukup fokus pada produknya. Mengapa tiba-tiba menghasilkan serum yang bertindak dengan pelbagai fokus dan fungsi?

peneraju penjagaan kulit custom-fit, Clinique percaya kepada pengkhususan. Ini adalah serum jenis baru. Clinique Smart Custom-Repair Serum tidak merawat lebih daripada satu masalah kulit, namun formula yang dicipta akan fokus secara spesifik kepada satu-satu masalah kulit, merawat kerosakan yang boleh dilihat atau sebaliknya. 2 Bagaimana pula dengan etnik yang terlibat dalam ujian produk

ini? Produk ini dicuba ke atas lapan etnik berbeza, Caucasian, Afrika-Amerika, Hispanic, India, Korea, Asia, China dan Jepun. 3 Berapa orang yang melalui proses

percubaan produk ini? Seramai 450 wanita telah menjalani ujian klinikal untuk produk ini. 4 Berapa banyak isyarat (signals)

yang kulit kita miliki? Kulit kita mempunyai pelbagai kelompok isyarat, setiap sel sering memberikan isyarat kepada sel berlainan. Sebagai contoh isyarat ini adalah seperti isyarat interleukin; kulit kita mempunyai lebih 30 molekul sel komunikasi antara sel radang dan sel kulit. Contoh lain pula ialah prostaglandin; kulit kita mempunyai lebih dua dozen isyarat yang peka kepada perangsang dan penentang sel radang di dalam kulit.

5

Bagaimana serum ini memahami isyarat kerosakan yang boleh dilihat dan yang tidak

boleh dilihat? Serum ini mengandungi pelbagai bahan yang respons kepada pelbagai isyarat yang disampaikan menerusi cara tertentu. Ibarat mangga dan kunci; kunci adalah molekul yang dipatenkan dan boleh digunakan kepada satu isyarat sahaja. Sebagai contoh, UP302 adalah molekul spesifik yang hanya memberi respons kepada hiperpigmentasi. Manakala kerosakan yang tidak boleh dilihat pula, serum ini bertindak kepada bahagian bawah kulit yang akhirnya akan jelas kelihatan di masa mendatang.

Sebagai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.