KOLEKSI MUSIM PANAS 2014

Hai semua beauty lovers! Kenali produk-produk baru di Sephora yang bakal mencuri hati anda.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sempena pelancaran rangkaian produk musim panas 2014, Sephora menjemput pihak media Malaysia ke press preview di Singapura dan ini lima rangkaian pilihan EH!

1 Pantai, matahari dan segala yang menyeronokkan menjadi perkara pertama yang muncul di dalam fikiran apabila menyebut nama Brazil. Sempena koleksi terhad Diva Carioca khas daripada Sephora, anda boleh mengenakan solekan yang elegan namun menyeronokkan. Calit bibir dengan gincu Neon Sephora Rouge dalam warna seperti Flamingo, Carnival, Samba dan Cougar untuk membentuk bibir menawan mungil. Tropikal Eyes Maskara pula merupakan maskara yang menggabungkan warna ilham koktel Hijau+Kuning dan serlahkan permaisuri Rio dalam diri!

2 Serlahkan Sea Goddess dalam diri dengan tekstur kuku baru Shell Manicure daripada Ciate. Setiap pengilat kuku hadir dengan cangkerang (seashell) yang halus menghidupkan memori percutian di tepi pantai. Anda hanya perlu mewarnakan kuku dan menuang cengkerang pada kuku ketika pengilat masih basah. Keringkan dan kemaskan dengan topcoat!

3 Senaman dan diet menjadi komponen utama dalam mengurangkan berat badan dan memastikan kulit kekal anjal. Selesaikan masalah kulit kendur bahagian paha dan punggung dengan Soap & Glory Sit Tight Super-Intense 4-D. Formula hebat PINKPEPPERSLIMLIP-FBTM membantu menganjalkan bahagian yang diingini setiap kali anda duduk dan melicinkan kulit pada masa yang sama! CIRCU-360TM MASSAGE ROLLER pada produk dihasilkan dengan aplikasi istimewa teknologi tiga bola untuk menggalakkan peredaran darah dan melembutkan kulit. Dalam masa 14 hari sahaja, kulit menjadi lebih tegang berbanding sebelum ini!

4 Kembalikan ‘nyawa’ pada rambut anda dengan Percy & Reed Perfectly Perfecting Wonder Balm. Primer

leave-in ini menahan, mengawal dan menambah definisi kepada semua produk dandanan rambut untuk hasil yang lebih memuaskan. Hadir dalam formula balm ia membentuk asas yang lembut dan sempurna agar rambut kelihatan cantik, sihat dan menawan!

5 Mulakan rutin harian dengan membersihkan kulit agar kotoran tidak menyumbat liang pori yang menyebabkan kulit kelihatan kusam. Guna Cucumber De-tox Foaming Cleanser daripada Peter Thomas Roth yang membersihkan, menulenkan dan menyingkirkan toksin kotoran akibat pencemaran. Ekstrak timun menenangkan dan melembutkan kulit yang mudah radang manakala ekstrak tebu dan sugar maple menggalakkan penambahan sel pada kulit.

Sephora Tropikal Eyes Maskara Soap & Glory Sit Tight SuperIntense 4-D

Ciaté Shell Manicure

Sephora Neon Sephora Rouge in Cougar

Peter Thomas Roth Cucumber De-tox Foaming Cleanser

Percy & Reed Perfectly Perfecting Wonder Balm

Sephora Neon Sephora Rouge in Carnival

Sephora Neon Sephora Rouge in Flamingo

Sephora Neon Sephora Rouge in Samba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.