Magis MET GALA
Bagaikan ada kuasa pada acara ini kerana setiap yang hadir akan berhabis-habisan demi membuktikan gaya siapa yang lebih menonjol.
ALEXA CHUNG
Sentiasa bijak memilih apa yang kena dengan dirinya. Kali ini dia memilih gaun Nina Ricci dan beg kepit Christopher Kane.
BEYONCÉ
Lari dari kebiasaan, Beyonce hadir dalam persalinan Givenchy Couture, veil Philip Treacy dan aksesori mewah Lorraine Schwartz.
CARA DELEVINGNE
Lari dari gaya selebriti lain pabila dia memilih menggayakan celana. Helaiannya semua dari Stella McCartney dan diganding bersama aksesori Cartier.
DIANE KRUGER
Tampil femini dalam gaun Hugo Boss. Di tangannya erat mengepit clutch Edie Parker.
AMBER HEARD
Memilih gaun renda emas Giambattista Valli Haute Couture dan diserlahkan lagi dengan aksesori Fred Leighton.
DITA VON TEESE
Hadir dalam gaya cengkek, dia memilih gaun potongan duyung rekaan Zac Posen dan lengkap dengan perhiasan mewah Van Cleef & Arpels dan beg kepit Roger Vivier.
MARION COTILLARD
Dia setia memilih Dior. Kali ini bergaun pendek kemasan laser cut.
NAOMI WATTS
Tampil menawan dalam gaun ombre Givenchy Couture dan perhiasan mewah Bulgari.
RIHANNA
Memilih gaya polos dalam gaun Stella McCartney. Penampilannya disempurnakan lagi dengan rantai Jacob & Co serta, cincin Cartier dan Dionea Orcini.
LUPITA NYONG’O
Dia memang suka memberikan percikan rona terang pada penampilannya, kali ini dia hadir dalam percikkan rona hijau busana ilham Prada dan aksesori Cartier.
HAILEE STEINFELD
Dia selesa memilih gaun kembang ilham Prabal Gurung dan memadankannya dengan perhiasan mewah Van Cleef & Arpels.
ANNE HATHAWAY
Gaun merah Calvin Klein Collection tambah menyerlah ‘berlatar belakangkan’ kulit putih gebunya. Manis dengan anting-anting Vhernier.
SUKI WATERHOUSE
Dia tampil dalam gaya cukup feminin dengan gaun tingkat Burberry dan dilengkapkan dengan aksesori mewah Anita Ko.
YANG MENCURI PERHATIAN