eid

Sebelas gaya raya, dari super minimalis hingga sarat labuci untuk lebaran 2014

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

mimpi kita

Gaun labuh rona asas biru elektrik berbalas corak batik geometri menghangatkan mood raya.

Rantai tatahan batu kilau menyelaraskan gaya mewah dari Ola.

alia bastamam

Rekaan minimalis dalam rona terang merah ini menonjolkan kemewahan menerusi pilihan fabrik krep. Kebaya wrapped bersulam di lengan sengaja dibiarkan terbuka agar skirt pinggang tinggi turut menjadi fokus gaya. Coker metal rona emas,

Izuria @ Mimpi Kita dan gelang klasik, Aseana.

nurita harith

Baju kurung moden potongan melekap dihiasi dengan corak flora multi rona.

rizman ruzaini

Ringkas nan elegan ilham kurung moden berkolar tinggi diserikan dengan renda bingkai buat gaya praktikal.

innai red

Baju kurung moden asas fabrik krep dalam rona hijau lembut berbalas kain corak flora menyuntik gaya manis Aidilfitri.

jovian mandagie

Baju kurung tunik sutera satin direka bersulam pada hujung lengan dan dada bermotifkan flora. Anting-anting percikan rona ungu menambah kilau dari Zara.

silas liew

Gaun labuh corak geometri fabrik sutera direka berlengan raglan. Pemakaian obi menyelaraskan rona geometri sekali gus

menampilkan gaya unik. Rantai berbatu, Ola.

hatta dolmat for tesco

Sulaman manik menjalar dalam rona perak memberi imej klasik pada rekaan kurung konvensionalnya

digandingkan dengan kain jalur. Gelang bertatah mutiara, Zara.

Yana Baharudin Yantie Basharudin TEKS, PENYELARAS & PENATA GAYA PENGARAH KREATIF PEMBANTU F

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.