RIZMAN RUZAINI

EH (Malaysia) - - Stail -

Tema rekaan tahun ini?

Konsep Highness adalah inspirasi dari permaisuri zaman Eropah. Kami meminjam mood mewah zaman barok dan byzantine ini dengan mengambil inspirasi bingkai-bingkai gambar yang hangat digunakan pada waktu itu. Sekali gus, mencerminkan gaya klasik yang cukup bercita rasa.

Fabrik yang digunakan?

Kesemua fabrik asas adalah dari krep sretchable, renda dan net.

Pilih satu rekaan kegemaran anda?

Baju ilham kurung yang direka lisu di sisi dalam rona maroon.

Mengapa memilih rona kelam untuk raya kali ini?

Untuk rangkaian baju raya, tidak terlalu berpandukan rona forecast trend semasa tetapi mengikut kepada interpretasi pereka itu sendiri. Jika dulu Rizman Ruzaini mengeluarkan rona pastel untuk koleksi raya, kini kami cuba tampilkan keistimewaan rona gelap dalam mood raya yang lebih mewah. Masih mengekalkan potongan yang selesa, ia diadaptasi dari beberapa kumpulan baju kurung seperti kurung Pahang dan Kedah kemudian dimodenkan dengan beberapa elemen terkini. Pendapat saya, baju kurung harus dikekalkan dengan potongan tradisional agar terpancar magis serinya.

Ceritakan mengenai potongan baru yang anda cuba?

Lainnya tahun ini Rizman Ruzaini menawarkan potongan yang longgar, perincian baru seperti penggunaan lisu box untuk perincian kain dan hujung baju serta tampalan renda berbentuk bingkai.

Rangkaian harga?

RM1800 hingga RM2800.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.