TSYAHMI

EH (Malaysia) - - Stail -

Idea rekaan untuk koleksi raya anda?

Pada mulanya kami tidak merancang untuk membuat rekaan raya sehinggalah dipelawa oleh Vivy Yusof, pengasas Fashionvalet.com. Kesemuanya ada enam rekaan untuk wanita dan dua rekaan untuk lelaki. Dengan menawarkan rona opsyen yang pelbagai, rangkaiannya tampil lebih ‘besar’. Rona seperti hitam, off-white, putih, merah jambu pastel, hijau pistachio, ivory dan lavender.

Bagaimana boleh mengeluarkan rekaan mampu milik?

Apa yang anda lihat di pentas peraga adalah lebih elaborate manakala untuk rangkaian online di Fashionvalet lebih cenderung kepada rekaan yang mudah dijual, lebih approchable. Untungnya kami mempunyai agen di China iaitu bekas pensyarah saya, yang boleh mengawal kualiti pembuatan dan pemilihan fabrik yang bagus. Potongan atau siluet yang ditonjolkan?

Sebelum merancang rekaan, kami membuat beberapa penyelidikan agar rekaan kami lain dari yang sedia ada. Kami elakkan rekaan yang mempunyai perincian, cetak dan siluet yang mengikut badan sekali gus dapat mencipta pasaran baru dalam pembuatan rekaan raya. Ia bukan hanya boleh dipakai dengan set yang disediakan malah boleh disuai padan dengan apa jua helaian yang lain. Serta anda boleh mengadun aksesori sekali gus mencipta statement gaya yang tersendiri. Kami percaya pada rekaan malar segar dan versatility.

Sasaran pasaran?

Bermula dari umur 20-an hingga 30-an. Tetapi selepas mendapat pre-order dari pelanggan Fashionvalet.com, pembeli kami hadir dari kelompok umur yang berbeza dan bersyukur dengan penerimaan kepada rekaan yang kami cuba sampaikan.

Rangkaian harga?

Satu set lengkap berharga RM350 hingga RM450 untuk rekaan wanita dan RM350 untuk rekaan lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.