RICO RINALDI

EH (Malaysia) - - Stail -

Mengapa memilih Marsha sebagai muse tahun ini?

Personalitinya sama dengan gambaran koleksi ini iaitu penuh tenaga, ceria dan gemarkan sesuatu yang minimalis namun masih mempunyai tarikan tersendiri. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan khidmat selebriti untuk kempen raya, saya merasakan ia merupakan strategi pemasaran yang tepat memandangkan Marsha turut mempunyai pengikut yang ramai.

Konsep dan tema rekaan raya?

Kali ini mengetengahkan konsep moden dengan olahan dari baju kurung Kedah. Koleksi yang punyai variasi dari segi rona pastel, rona terang yang berani hingga rona gelap. Potongan kurung moden diselaraskan dengan potongan minimalis ini sekali gus memberi cerminan gaya moden kontemporari.

Berapa banyak looks yang anda sediakan? Bagaimana pula dengan rekaan baju Melayu?

Terdapat 20 rekaan pakaian wanita dan lapan rekaan baju Melayu untuk lelaki. Rekaan baju Melayu yang masih mengekalkan bentuk pola baju Melayu tradisional ditambah dengan elemen unik seperti kombinasi rona dan penggunaan fabrik yang berlainan.

Kumpulan warna yang digunakan?

Koleksi ini menawarkan pelbagai rona pastel hingga gelap yakni fuschia, biru, jingga dan merah jambu terang.

Berapa banyak fabrik yang digunakan?

Kebanyakan fabrik adalah dari jenis yang strechable termasuklah fabrik renda, kapas, satin dan sebahagian koleksi ini menggunakan fabrik dan labuci serta sifon bercorak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.