MIMPIKITA

EH (Malaysia) - - Stail -

Tema dan konsep rekaan raya?

Mimpikita hadir dengan himpunan The New Lebaran, konsep helaian suai padan yang dekat dengan identiti Mimpikita. Kami sentiasa mendorong klien agar menjadi lebih kreatif dalam mencipta stail mereka tersendiri, it’s time to leave your inhibitions at the door and shine!

Cabaran dalam meyelaraskan gaya raya yang tampil moden?

Lebaran buat Mimpikita adalah happiness, jadi koleksi kami sentiasa dihujani dengan palet serta motif lively, mewah juga lembut. Cabaran dalam berkarya dengan palet sebegini tentunya pemilihan kain yang hasilnya nampak mewah serta gabungan warna dan siluet yang sempurna buat setiap wanita.

Gaya wanita yang mahu anda tonjolkan?

Modest, stylish but effortless.

Masa untuk menyiapkan satu rekaan khususnya untuk pelanggan?

Kami pernah siapkan baju pelanggan seawal dua hari, definitely we don’t want to go there again! Biasanya untuk lebaran, kami perlukan dua hingga empat minggu untuk hasil terbaik.

Berapa banyak cetakan yang anda sediakan untuk koleksi ini?

Raya ini kami hadir dengan tiga cetakan iaitu Petra, Arya dan Clover. Ia tampil dalam beberapa rona trendy khas buat koleksi ready-to-wear. Proses mencipta motif-motif ini melalui banyak trial and error, biasalah kalau mahu cetak mesti banyak cabarannya dari segi warna juga jenis kain. Tapi kami puas hati dengan hasil 100 peratus buatan Malaysia ini.

Rangkaian harga?

RM240 hingga RM2000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.