NURITA HARITH

EH (Malaysia) - - Stail -

Tema dan ilham koleksi raya untuk Nurita Harith dan NH for Nurita Harith?

Ilham koleksi Luxe kami menggunakan rona dusty agar mencerminkan kemewahan seperti rona gelap untuk corak, potongan ringkas dan juga campuran sifon lembut. Kami turut menggunakan renda Perancis bersama perincian lain. Manakala untuk rangkaian difusi, ia menampilkan gaya yang lebih muda, bertenaga dan segar justeru menampilkan gaya yang praktikal dan kasual dengan cetak yang direka sendiri oleh saya.

Fabrik yang digunakan?

Rangkaian luxe menggunakan sutera, krep, sutera sifon bagi mencipta kesan layangan yang mewah di setiap rekaan elegan kami. NH by Nurita Harith pula kebanyakannya menggunakan poliester dan krep.

Rangkaian harga?

NH by Nurita Harith bermula dari RM550 hingga RM700.

Siluet baru yang anda tonjolkan?

Masih tampil clean tetapi sesetengahnya menggunakan panel berlapis.

Lima perkataan yang melambangkan wanita Nurita Harith untuk koleksi ini?

Elegant, lush, sophisticated dan chic.

Berapa banyak helaian yang

anda keluarkan kali ini? Untuk rangkaian luxe mempunyai 13 rekaan manakala rangkaian difusi ada 11 rekaan kesemuanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.