HATTA DOLMAT

EH (Malaysia) - - Stail -

Tip gaya raya: “Bagi saya cukup sekadar menyarung helaian yang ringkas dan selesa. Rekaan elaborate dan elegan boleh digayakan ke majlis rumah terbuka bergantung pada lokasi. Bagi yang berhijab pula, elakkan memilih rekaan tudung yang terlalu sarat sehingga menyembunyikan rekaan baju yang cantik. Keep it clean, sweet, sopan dan tidak over-the-top.” – Hatta Dolmat

Bagaimana boleh menjalinkan kolaborasi bersama Tesco?

Idea ini terhasil pabila mendapat sambutan yang menggalakkan menerusi kolaborasi pertama saya bersama Zalora. Kali ini saya mahu menawarkan rekaan dan rona pelbagai untuk pasaran yang lebih meluas. Di samping penggunaan fabrik yang tampak mewah seperti krep, satin, renda dan sifon.

Strategi pasaran di pasar raya besar?

Saya perlu lebih bijak menarik pasaran yang lebih besar yakni bersesuaian dengan kehendak pembeli yang hadir ke Tesco. Ramai menggemari rekaan corak bunga dan bercetak. Juga, perlu memikirkan soal fabrik yang kurang kedut agar kemasannya lebih terjaga sewaktu penghantaran serta penyusunan di Tesco. Saya juga memecahkan beberapa kumpulan wanita contohnya bercita rasa urban, klasik dan konservatif. Malah, kali ini turut menyediakan rekaan untuk berbadan besar agar pilihan koleksi tahun ini tidak terbatas pada beberapa kumpulan wanita sahaja.

Bagaimana pula dengan harga?

Serendah RM100 hingga RM289.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.