Liya Kebede

EH (Malaysia) - - ‘It Girl’ -

Dia memulakan kerjaya sebagai model di tempat kelahirannya Addis Ababa, Ethiopia sebelum diperkenalkan dengan sebuah agensi dari Perancis oleh seorang pengarah filem. Kemudian dia berhijrah ke New York dan dipanggil oleh Tom Ford bagi menandatangani kontrak eksklusif bersama Gucci untuk koleksi musim dingin 2000. Ini membuatkan dia menjadi buruan hangat, termasuklah majalah Vogue Paris mendedikasikan seluruh isu Mei serta muka hadapan untuknya. Wajah ‘mahal’ ini turut disenarikan oleh Forbes sebagai model kesebelas termahal di dunia pada 2007 dengan kutipan pendapatan tahunan sebanyak USD2.5 juta.

Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dia menyanjung gaya semula jadi Jane Birkin. Meneliti setiap gayanya di permaidani merah, dia tidak tampak seperti wanita berusia pertengahan 30-an, kerana setiap yang tersarung padanya tampak sajak dan bersahaja. Biasanya dia akan mencuba beberapa baju sebelum ke permaidani merah untuk menentukan stail apa yang mahu ditonjolkan, serta akan memastikan waktu bersolek dan berdandan tidak terlalu lama.

Gaun renda putih rekaan Alberta Ferretti musim luruh’13 ke Tayangan Unggul Jeune & Jolie di Filem Festival Cannes.

Gaun halter Proenza Schouler menyuntik sedikit elemen edgy pada kasut tumit bertali untuk gaya permaidani merah di Cannes Festival 2012.

Menggayakan gaun putih laser cut berserta sandal bertumit rona hitam dalam gaya minimalis ke majlis tahunan CFDA Vogue Fashion ke-9.

Seluar lebar serta jaket kulit menyerlahkan subjek feminin edgy untuk gayanya ke pementasan fesyen Alexander Wang.

Gaun merah sentuhan militari Jason Wu untuk musim luruh ’13 penemannya ke Asia Society di New York.

Padanan dwi rona dari rekaan Roberto Cavalli ke amfAR’s Cinema Against AIDS 2012.

Bersut lengkap rona sedondon ke Night of Stars yang dianjurkan oleh The Fashion Group Onternational Inc di New York.

Kempen iklan Prabal Gurung musim bunga’14

Ringkas ilham sukan ke majlis Free Angela & All Political Prisoners di Schomburg Center, New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.