Rias Wajah Cara Wawa Zainal

ORANGNYA CANTIK WALAU TANPA SECALIT MEKAP, MEMBUATKAN DIA DI ANTARA SELEBRITI YANG MENJADI REBUTAN JENAMA KECANTIKAN!

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

“Cantik itu tidak terbatas pada luaran sahaja, bagi saya penting untuk jaga dalaman juga kerana dari situlah terpancarnya kecantikan semula jadi, usah hanya fikirkan apa yang cantik untuk dipakai, namun jaga apa yang dimakan serta jadilah seorang yang baik hatinya.” Itulah definisi cantik Wawa Zainal. Ikuti temu bual eksklusif tentang rutin cantik Wawa dalam persiapannya menjelang raya.

AMALAN WAWA UNTUK MENGEKALKAN KULIT CANTIK?

Saya minum banyak air suam dan akan memakai pupur dua kali seminggu. Untuk rawatan wajah pula saya akan lakukannya sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

KONGSIKAN CARA WAWA MENJAGA KULIT SEMPENA TIBANYA RAYA?

Amalkan rutin biasa seperti tadi cuma jika timbul jerawat pada kulit, janganlah picit! Nanti kemerahan dan akan berparut, tidak cantik pula di raya pertama nanti. Oleskan saja ubat atau krim jerawat dan lama-kelamaan ia akan mengecut sendiri.

PETUA CANTIK WAWA?

Kulit mestilah licin dan cerah terlebih dahulu kemudian baru cuba tumpukan pada rangkaian anti-penuaan dan sebagainya.

PRODUK MESTI ADA DI DALAMBEG?

Gincu, krim tabir suria, maskara dan bedak.

TEMPAT YANG ANDA RASA SESUAI UNTUK RELAKS DAN REJUVENATE?

Di rumah, kalau aktiviti saya suka shopping!

IDOLA CANTIK WAWA?

Semestinya bintang Bollywood seperti Kareena Kapoor.

KALAU BERSOLEK APAKAH FOKUS WAWA?

Kening. Kalau tidak bermekap pun tidak mengapa asalkan kening cantik.

APAKAH PERANCANGAN WAWA DALAM DUNIA KECANTIKAN?

Buat masa sekarang Wawa masih menjadi duta Syahirah, namun selepas tamat kontrak pada bulan Ogos ini, Insya-Allah Wawa mungkin akan melancarkan rangkaian penjagaan kulit Wawa sendiri. Cuma tarikh pelancarannya masih dalam perbincangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.