Siapa Paling Seksi?

SEKSI BUKAN HANYA TERTAKLUK PADA PAKAIAN. WAJAH DAN RUPA PARAS JUGA SUDAH BOLEH MENONJOLKAN TAHAP KESEKSIAN PADA PENAMPILAN SESEORANG.

EH (Malaysia) - - Seks -

Seksi tergantung pada rupa paras, bentuk badan, dan personaliti. Seksi selalunya lebih cenderung dikaitkan dengan wanita, dan ada kalanya keseksian mereka juga menjadi mangsa eksploitasi. Kali ini, EH! ingin berkongsi 8 selebriti paling seksi bagi tahun 2014.

8 SCARLETT JOHANSSON

Scarlett yang popular di kalangan bintang Hollywood boleh dikatakan tampak cantik semula jadi walau tanpa bersolek. Scarlett juga sering mendapat tempat dalam carta selebriti paling seksi yang antaranya ‘100 Hottest Women of All Time’ dari majalah Men’s Health.

7 NICOLE SCHERZINGER

Buah hati pelumba kereta F1 terkenal dunia Lewis Hamilton ini cukup seksi dengan bentuk badannya yang sempurna. Seksi bukan hanya pada tubuh dan rupa, malah kehebatannya menari dan menyanyi sudah cukup membuatkan dia layak untuk dikategorikan sebagai 10 selebriti paling seksi dunia.

6 BEYONCÉ KNOWLES

Peminat menggelarnya Bootylicious yang merujuk pada bentuk tubuh badan dan pinggul Beyoncé yang cukup seksi. Padanan baju yang sering Beyoncé kenakan ketika di pentas mahupun di karpet merah menyerlahkan tarikan seksinya. Mana mungkin Jay-z mencari lain!

5 MILA KUNIS

Siapa tidak kenal dengan Mila Kunis, selebriti terhangat dan seksi dari Amerika Syarikat ini. Kalau ditatap, Mila Kunis sebenarnya mempunyai dua warna mata yang berbeza iaitu hijau di sebelah kanan dan coklat di sebelah kiri. Bentuk matanya serta bulu mata yang melentik semula jadi cukup membuatkan dirinya tampak seksi.

4

EMILY RATAJKOWSKI

Gadis British ini merupakan seorang pelakon dan model yang cukup seksi. Keseksiannya terserlah menerusi muzik video Robin Thicke, Blurred Lines. Nantikan lakonan Emily dalam filem akan datang terbitan David Fincher yang berjudul Gone Girl.

3 RIHANNA

Digelar sebagai ‘black Madonna’, dia dikatakan mempunyai insurans kaki yang berjumlah USD1Juta. Dia dianugerahkan bentuk tubuh yang semula jadi seksi. Gelaran Sex Symbol yang diberikan ke atas Rihanna membuatkan dirinya kurang selesa kerana baginya dia hanya seorang manusia biasa. Rihanna juga bakal melancarkan konsep album barunya yang diisnpirasikan dari filem animasi 3D.

2 MICHELLE KEEGAN

Terkenal menerusi watakanya di dalam Coronation Street, iaitu soap opera pertama British. Baru-baru ini dikatakan dia meninggalkan pentas soap opera tersebut kerana mengikuti European Tour untuk pementasan Peter Pan. Michelle pernah menjuarai Sexiest Female dalam British Soap Opera Awards sebanyak lima kali berturut-turut.

1 JENNIFER LAWRENCE

Bintang terkenal filem The Hunger Games ini menduduki tangga pertama kerana dia sendiri diangkat sebagai simbol seks Amerika. Namun baginya, gelaran itu membuatkan dia rasa kurang selesa kerana baginya dia tidaklah seksi seperti dibayangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.