Hindari Muflis

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERHUMBAN KE DALAM KATEGORI MUFLIS. EH! BERKONGSI CARA ELAK MUFLIS.

EH (Malaysia) - - Wang & Anda -

Muflis boleh dikatakan sebagai satu tahap yang mana diri dan nama anda dilabelkan sebagai seorang yang bankrap iaitu tidak dapat melangsaikan segala hutang dan pinjaman persendirian yang anda lakukan. Apabila seseorang diisytiharkan muflis ia semestinya memburukkan imej dan status. Pelbagai halangan khususnya berkaitan soal kewangan akan melanda pabila anda ditimpa masalah ini.

Antara halangannya adalah anda tidak boleh memegang jawatan di jabatan awam. Pasport anda juga mungkin boleh ditahan dan perjalanan anda juga menjadi terhad. Permohonan kad kredit juga dilarang sama sekali untuk mengelakkan lebih banyak hutang yang dipikul. Segala urusan kenaikan pangkat di syarikat juga harus merujuk kebenaran dari Pegawai Pemegang Harta terlebih dahulu.

Bahkan, jika anda ingin membuka akaun bank juga memerlukan kebenaran dari Pegawai Pemegang Harta kerana segala urusan berkenaan kewangan anda dipantau dan diselenggarakan sepenuhnya oleh mereka. Wang pendapatan anda melebihi dari keperluan juga akan diserahkan kepada Pegawai Pemegang Harta. Jadi, hindari muflis sebelum terlambat dengan langkah ini.

1 KAWAL PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kad Kredit sememangnya memudahkan anda untuk membeli keperluan dan kemahuan anda. Namun, jika digunakan untuk kemahuan semata-mata, lebih baik anda berhenti menggunakannya atau elak sahaja penggunaan kad kredit sebelum memudaratkan beban yang anda pikul di kemudian hari.

2 PINJAM DARI KELUARGA/ SAHABAT

Sememangnya malu untuk kita meminjam pada ahli keluarga atau sahabat. Sebelum anda meminta pinjam dari mereka, yakinkan dahulu dengan pelan bagaimana anda ingin membayar semula wang mereka apabila situasi kewangan anda sudah stabil nanti.

3 ATUR SEMULA PERBELANJAAN

Elak makan luar, elak tonton wayang, batal membership di gim dan henti tabiat membeli-belah sama ada secara terus atau melalui talian. Adalah lebih baik jika anda mula menabung dan menjelaskan hutang anda sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dari muflis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.