ASMARA MILLENNIAL

Teknologi memberi pilihan dalam aturan bercinta hari ini.Tetapi kenyataannya ‘permainan’ cinta hari ini jauh daripada pengertian sebenar.

EH (Malaysia) - - Tekno -

Bagaikan mencipta satu trending yang entahkan berfaedah atau tidak – percintaan alam maya semakin kabur pengertiannya. Anda boleh berkenalan dengan sesiapa sahaja yang anda mahu dan bukan setakat itu, perkenalan ini boleh dilanjutkan kepada fasa yang lebih wild dan wujudlah aplikasi seperti Bang With Friends dan Tinder untuk melaksanakan segala kemahuan-kemahuan wild anak muda hari ini. Jadi masih pentingkah cinta?

Budaya online dating sekitar pertengahan 90-an didedahkan dalam filem romantik komedi lakonan Tom Hanks dan Meg Ryan dalam You’ve Got Mail. Watak Joe Foxx dan Kathleen Kelly berhubung melalui e-mel sebelum mereka bertemu di alam nyata. Spike Jonze lebih berani menjual idea masa depan

online dating dalam satira Her yang mencipta perdebatan hangat pengkritik filem serta penulis sosial dunia. Dalam kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, laporan majalah Forbes mendapati 59 peratus responden beranggapan online

dating merupakan

“Saya pernah membuka akaun eHarmony namun tidak meletakkan gambar sebenar.” – ADELE

cara mereka meluaskan lagi kenalan dan 21 peratus pula hanya sekadar mencari ‘mangsa’ semata.

THE HOOK UP GENERATION

Perbahasan tentang perkara ini diulas lanjut oleh Laura Stamper dalam artikel yang ditulis dalam majalah TIME awal tahun ini – The New Dating Game. Laura menamakan generasi hari ini sebagai the hookup generation. Tambah Laura tiada beza sebetulnya permainan memerangkap mangsa dalam alam maya ini. Hanya mediumnya sahaja berubah. Traditional dating menerusi laman web seperti match.com dan eHarmony dibuat khusus untuk mereka yang mahukan satu perhubungan yang real tetapi mungkin kerana faktor malu untuk berdepan atau kerana takut akan pelawaan ditolak membuatkan dua laman web ini dicipta bagi mereka yang punya keyakinan dalam diri yang rendah.

Namun kewujudan aplikasi yang aksesnya hanya di telefon pintar sahaja ini lebih kepada mencipta satu perhubungan yang salah baik dari sisi agama sekalipun alami dalam aturan kehidupan manusia. Kita mencari perhubungan yang tiada ikatan atau disebut sebagai no string attached. Ramai Gen-Y hari ini lebih senang dengan gaya hidup yang care free. Bebas daripada komitmen, tidak perlu hanya setia pada satu dan mencipta aturan hidup sendiri tanpa melibatkan perasaan, emosi dan perihal kemanusiaan.

TIADA LAGI CINTA

Konsepnya makin mudah dan jelas. Tambah Laura lagi the hookup generation hanya perlu menyatakan apa yang mereka mahu. Kebanyakan generasi yang dimaksudkan Laura dalam tulisannya ini adalah mereka yang berada dalam kelompok yang sudah stabil dari sudut kehidupan – kerja dan keluarga. Apa yang lebih memeranjatkan ada juga pasangan suami isteri yang begitu terbuka dengan permainan ini. Terma yang disebut sebagai Polyamory ini adalah keterbukaan pasangan anda untuk bebas bergaul dan mencari sesuatu yang lebih lagi. Dan inilah yang dimaksudkan Tim Donnely dalam artikelnya The New Dating Game sebagai mencipta aturan yang tanpa sempadan. Semuanya dibolehkan belaka dan dalam tidak sedar ia mencipta generasi yang bersifat mementingkan diri sendiri. Tim menambah digital romance ini seakan satu fantasi yang hanya mencipta pesona secara maya kerana menurutnya, “Your new true love might not even exist.”

STATUS PALSU

Nev Schulman, penerbit program Catfish di MTV punya pandangan akan isu ini. Nev dalam satu temu bual menyatakan kebanyakan daripada kita hari ini tanpa sedar atau sengaja mencipta satu identiti yang cantik-cantik belaka dengan imej yang kabur. Semua akan bersiap sempurna atau setidaknya merasakan diri mereka cantik dengan memuat naik gambar selfie atau shot close-up dengan sudut paling menarik. Hal ini dilakukan hanya untuk menarik minat pengguna lain.

Dalam satu artikel New York Post, survey dilakukan ke atas wanita dalam lingkungan usia 20 ke 35 tahun mendapati mereka mengelak menggunakan nama sebenar mereka dalam akaun Tinder. Hal ini berlaku kerana mahu menjaga imej dan ada juga menyatakan mereka mahu melihat permainan pengguna akaun yang lain. Dan hal ini mencipta pre-judgment terhadap individu yang mereka jalinkan hubungan dalam talian. Kita akan menilai daripada rupa dan gambar yang dimuat naik semata-mata.

JADI DI MANA SEMPADANNYA?

Jeff Bercovici mempersoalkan keterbatasan dunia maya ini dalam peradaban manusia hari ini kerana akhirnya semua jenis aplikasi dan laman web berunsur perkenalan ini hanya untuk bersuka-suka sahaja. Tiada yang serius tulis Jeff lagi dalam tulisannya untuk majalah Forbes. David Di Silvo dalam artikel bertajuk – Why The Future Of Online Dating Relies On Ignoring You? membuat andaian tiada sesuatu yang pasti tentang online dating ini kerana masa depannya masih kabur dalam mencipta perhubungan sebenar dalam kehidupan. Dan silap hari bulan budaya ini tidak hanya berlegar pada perhubungan manusia sesama manusia tetapi hubungan manusia bersama elemen lain dalam kehidupan secara keseluruhannya dan mengawal hidup setiap individu itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.