Sajian Siam

MASAKAN THAI CUKUP DIGEMARI SELURUH DUNIA, RASANYA YANG PEDAS DENGAN PERCIKAN RASA MASAM MANIS ANTARA FAKTOR MENGAPA IA CUKUP DIGEMARI.

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

Terlalu banyak pilihan, dan sukar untuk membuat keputusan yang mana satu restoran sajian Thai terbaik di Lembah Klang. Dari gerai biasa hinggalah restoran fine dining, masing-masing mengetengahkan sajian Thai dalam pelbagai gaya dan rasa.

Namun andai ditanyakan kepada saya, ada satu restoran yang sering menjadi pilihan. My Elephant pada saya antara restoran yang menawarkan sajian Thai yang cukup enak, rasanya asli dan dijual pada harga berpatutan.

Mula dibuka pada 2007 di Seksyen 17 Petaling Jaya, My Elephant membuka cawangan seterusnya di Sri Hartamas dan Aman Suria tujuh tahun kemudian. Kini, My Elephant membuka cawangan terbarunya di USJ 9.

“Sejak penubuhan My Elephant, semua pengasasnya berkongsi satu visi iaitu untuk mencipta satu kejiranan restoran Thai, membawakan makanan berkualiti dan inventif kepada komuniti. Ketika kebanyakan restoran Thai cuba berpegang kepada resipi tradisional dan dekorasi Thai yang sebenar, kami pula sentiasa ingin mencipta kembali apa yang kami tahu tentang makanan Thai. Ini dilakukan dengan menggabungkan persembahan hidangan kontemporari bersama resipi dan ramuan masakan Thai yang tulen. Kami benar-benar berbesar hati bahawa pengalaman kulinari kami yang segar ini diterima baik. Hari ini, kami amat gembira kerana mampu menawarkan pengalaman menikmati hidangan ini kepada komuniti di Subang Jaya,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan My Elephant, Encik Patrick Cheng.

“Di My Elephant, kami mahu para pelanggan merasai pengalaman menikmati hidangan dengan tenang dengan menu yang terdiri daripada pilihan tiga hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut pada harga berpatutan.

Antara sajian yang menambat selera ialah Ayam Kari Hijau, Sup Makanan Laut Tom Som dan Tod Man Plah (Ikan Kek Thai). Layari www.myelephant.com.my untuk maklumat lanjut.

santai kota

Green Coole

r

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.