SENSASI KACANG & BUAH

EH (Malaysia) - - Berita Santai -

Royce diasaskan 31 tahun lalu di Sapporo, Hokkaido, Jepun yang bermula secara kecil-kecilan dengan menjual biskut-biskut yang baru dibakar. Terbaru, Royce memperkenalkan Nutty Bar dan Fruit bar. Nutty Bar hadir dengan badam mewah, gajus, pecans dan Macademia dengan sedikit percikan badam rangup. Jejari Nutty Bar Chocolate disaluti dengan susu coklat berkrim dan diadun dengan kacang hazel dan badam. Nutty Bar pilihan ideal buat anda yang menggemari kacang. Manakala Fruit Bar pula dihasilkan daripada campuran strawberi, coklat putih berkrim dan buah-buahan kering termasuk mangga, kranberi dan buah strawberi beku-kering. Rasanya bertambah enak dengan campuran badam dengan aroma pisang lantas menjadikan Fruit Bar ini punya rasa nan cukup istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.