LELAKI & KRISIS HIDUP

Fasa perubahan dalam hidup lelaki di mana mereka melihat setiap sisi kehidupan itu dengan lebih teliti – atau rumit?

EH (Malaysia) - - Dunia + Lelaki -

Dalam filem City Slicker, Billy Crystal membawakan watak Mitch Robbins, seorang lelaki yang menjalani kehidupan di lewat usia 30-an dan merasakan banyak hal yang tidak kena dengan hidupnya. Bos di tempat kerjanya cuba mencari punca mengapa Mitch menjadi begitu dan apabila ditanya Mitch menjawab dengan nada sinis – kehidupannya cukup sempurna.

Perubahan emosi adalah perkara paling ketara dalam diri seorang lelaki menurut Larry Bumpass, seorang ahli sosiologi. Tambahnya krisis pertengahan umur ini tidak hanya pada lelaki tetapi juga pada wanita namun ia lebih ketara impaknya pada kaum adam. Jika tidak masakan Shakespeare yang awalnya dikenali menulis satira komedi beralih kepada subjek berbentuk tragedi ketika usianya menjengah 40-an. Pada tahap ini tambah Larry lelaki akan mula melakukan perkaraperkara yang tidak dapat dilakukan semasa mereka muda. Antara faktor mengapa mereka menjadi begini adalah kerana sudah selesa dengan hidup dan beralasan untuk mencari keterujaan baru dalam hidup.

UNCOMFORTABLE FEELING

Dalam satu artikel psychentral.com yang berjudul The Mid-Life Crisis: An Opportunity in Disguise menulis tiada definisi khusus menggambarkan epidemik ini namun beberapa simptom jelas seperti kekecewaan, rungutan tak berhenti dan perasaan kurang senang akan persekitaran. Jim Conway penulis sosial yang banyak merungkai isu ini menulis lelaki harus tahu perbezaan antara perubahan dan krisis. Dua perihal ini adalah berbeza – perubahan merupakan faktor natural atau alami yang akan dilalui semua tidak mengira gender. Krisis berlaku kerana faktor gaya hidup dan persekitaran. Kebanyakan lelaki pada fasa ini akan lebih mudah terlarut emosi dan kadang tidak lagi mampu berfikir di luar kematangan. Situasi seperti perhubungan bersama isteri tidak lagi memberi keterujaan atau kepuasan dalam kerja yang semakin sukar dicapai.

Krisis ini menurut Ronald Levant, seorang pakar psikologi sebagai hal yang semakin sukar. Faktor kemajuan teknologi yang semakin laju memacu kehidupan manusia hari ini menjadikan lelaki semakin insecure dengan apa yang mereka ada. Satu kes di United Kingdom tahun lalu mendapati seorang suami berusia awal 40-an mengupah seorang perisik untuk mengintip aktiviti harian isterinya kerana perasaan kurang selamat (insecure) dengan populariti dan sikap ramah milik isterinya. Apa yang pelik hal ini tidak pernah dibincangkan secara terang bersama isterinya.

KRISIS QUARTER-LIFE

Kita biasa diperdengarkan tentang krisis pertengahan umur (mid-life crisis) namun jarang perihal krisis quarter life ini diperbincangkan. Amelia Hill dalam artikel yang ditulis buat The Guardian – The Quarterlife Crisis: Young, Insecure & Depressed menulis, pada fasa umur 26 ke 35 lelaki mula berperang mencari kestabilan dalam hidup. Tekanan persekitaran terutama keluarga yang mula mengharapkan sesuatu, persaingan serta membandingkan diri dengan teman-teman yang lebih berjaya dalam hidup dan tekanan daripada pasangan yang mula mengharapkan sesuatu yang pasti dalam perhubungan membawa kepada krisis dalam diri lelaki.

Satu kajian yang dilakukan Gumtree.com mendapati 86% lelaki berusia bawah 35 tahun mula merasakan tekanan hidup kerana expectation tinggi insan terdekat dalam hidup. Setiap dua daripada lima responden menyatakan kegusaran mereka terhadap kestabilan kewangan dan 35 peratus daripada responden gusar memikirkan masa depan selepas mereka berkahwin dan memiliki anak sebelum usia 30 tahun.

Saya tertarik dengan tulisan J.N Salters dalam artikel tentang krisis hidup. Salters mempersoalkan tentang harapan palsu yang diberi padanya ketika dia membesar. Tentang citacita yang pasti menjadi nyata and all the happy endings. Tambahnya ironi dalam hidup tidak begitu kerana tidak semua apa yang kita bayangkan akan menjadi kenyataan dan tidak semua berakhir dengan happy ending.

MENGINJAK KEDEWASAAN

Dalam fasa hidup begini kebijaksanaan akal dalam mengawal emosi menjadi kunci utama. Usah larut dengan perasaan dengan membayangkan perihal yang bukanbukan kerana masa depan bukan apa yang anda bayangkan. Masa depan adalah apa yang anda usahakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.