EMMA WATSON

Seorang pelakon yang smart, bergaya edgy dan cukup hebat dalam bidang lakonan. Bahkan, secara perlahanlahan namanya melonjak naik di persada dunia

EH (Malaysia) - - Selebriti -

G adis yang lebih dikenali dengan watak Hermione Granger ini dilahirkan pada 15 April 1990 di Paris hasil perkahwinan pasangan peguam Jacqueline Luesby dan Chris Watson. Emma Charlotte Duerre Watson nama sebenarnya, berasal dari Perancis namun dibesarkan di England sejak berumur lima tahun lagi. Penceraian ibu bapanya telah membawa dia ke Oxfordshire, England bagi meneruskan kehidupan bersama ibu dan adik lelakinya.

Sejak berumur enam tahun Emma sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan dari situ dia mula mengasah bakatnya dalam bidang lakonan di Stagecoach Theathre Arts, sebuah sekolah di mana dia belajar menyanyi, menari dan berlakon. Beberapa teater lakonan telah dipersembahkannya sewaktu di Stagecoach antaranya Arthur: The Young Years dan The Happy Prince.

Debut Hollywoodnya menerusi siri Harry Porter membawa namanya sehebat pelakon lain. Sebanyak lapan sesi uji bakat dijalani sebelum dia secara rasminya diambil sebagai watak utama dalam

“Apabila saya tamat ijazah, saya akan ada banyak masa untuk meneruskan minat yang lain dan saya ingin kenal pasti apakah ia.”

filem Harry Potter bermula siri pertama Harry Potter and The Sorcerer’s Stone adaptasi dari novel karya J.K.Rowling.

‘NOAH’

Keuntungan lebih £10 juta filem Harry Potter melonjakkan populariti Emma Watson dalam pentas perfileman Hollywood. Tahun lalu Emma diberikan peranan penting dalam filem dokumentari The Bling Ring arahan pengarah wanita tersohor, Sofia Coppola dan terbaru Emma bakal muncul dengan filem terbaru dengan memegang watak sebagai anak angkat kepada watak utama dalam filem berjudul Noah yang ditayangkan pada Mac lalu di Amerika Syarikat.

Filem arahan Darren Aronofsky ini dilanda sedikit kontroversi akan naskhahnya sehingga United Arab Emirates (UAE) mengharamkan filem tersebut kerana beberapa babak yang menyentuh sentimen agama.

Dalam artikel majalah Elle, Amerika Syarikat edisi April, Emma menegaskan bahawa dia lebih mengutamakan pelajaran dahulu sebelum karier sebagai pelakon. Emma yang kini menyambung pelajaran di Oxford University mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajarannya sebelum kembali aktif berlakon.

Emma menyatakan dia cemburu dengan selebriti lain yang hanya mengambil masa selama satu ke dua tahun sahaja dalam dunia hiburan untuk bergelar selebriti popular kerana baginya dia telah berkecimpung dalam dunia hiburan lebih 15 tahun dan baru kini dia menemui personaliti yang betul-betul sepadan dengan dirinya. Namun hal ini dianggapnya sebagai pelajaran terbaik sepanjang bergelar anak seni.

NOAH (2014)

HARRY POTTER MENAIKKAN NAMA AKTRES INI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.