NUANSA RAYA

Padanan solekan menyerlah dengan mainan rona helaian yang lembut mencipta gandingan nan mesra menyambut ketibaan lebaran.

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

Menjadikan Scha Alyahya dan Kilafairy sebagi ikon gaya busana tradisional pilihan, Fatin nyata tampil menyerlah setaraf ikon pujaannya. Kata Fatin setiap kali tibanya raya pasti baju kurung biasa menjadi pilihan, dan kadangkala dia juga teringin untuk tampil berbeza. Sebaik Fatin mencuba skirt kembang payung rekaan INNAI RED terus dia jatuh cinta dan katanya ingin sekali menempah rekaan sebegitu untuk Syawal akan datang. Bercakap mengenai solekan pula, Fatin lebih gemar dengan solekan berat di bahagian mata dan bibir pula di biar asli. Namun bagi sesi ubah gaya kali ini, jurusolek mengenakan ronarona yang agak menyerlah untuk bibir Fatin dan mata juga diberi penekanan namun kekal dengan mainan rona asli dan palitan klasik penggaris mata. Mula saja sesi penggambaran, Fatin terus menjiwai karakter raya yang mana wajahnya tampil ayu walaupun tanpa senyuman!

“Kata Fatin setiap kali tibanya raya pasti baju kurung biasa menjadi pilihan, dan kadangkala dia juga teringin untuk tampil berbeza”

selepas

sebelum

SIAPA DIA? Nama: Nurfatin Mohd Nor Hilmi Umur: 23 tahun Pekerjaan: Pelajar Tinggi: 165cm Berat: 59kg Asal: Shah Alam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.