RAHSIA KELEMBAPAN – TERBONGKAR!

EH (Malaysia) - - Mata -

Biarkan dilema kulit kering anda kepada pakar! Setelah menjalankan kajian mendalam mengenai lembapan selama 20 tahun, Laneige menemui penyelesaian unggul untuk menghalang kehilangan lembapan pada kulit Asia dengan koleksi Water Bank baru. Oleh sebab kulit Asia lebih lemah berbanding kulit orang Barat, ia memerlukan penjagaan kelembapan khusus kerana lembapan mudah hilang. Melalui pembelajaran mengenai komposisi mineral kulit, koleksi ini diperkaya dengan Hydro Ion Mineral Water yang dihasilkan dengan enam mineral penstabilan penting yang menyerap jauh ke dalam lapisan ke 20 kulit untuk menguatkan pelindungan kulit dan menggalakkan pelembapan. Digabungkan pula Moisturizing BiogeneTM Technology eksklusif, ia menguatkan penghasilan faktor pelembapan semula jadi (NMF) untuk mengekalkan lembapan walaupun dalam cuaca terlalu kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.