SHILLS MENCERIAKAN PESAKIT KANSER PAYUDARA DI BCWA

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Shills menyampaikan sumbangan wang tunai dan produk kepada ahli Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA). Di majlis penyampaian cek yang diadakan di BCWA baru-baru ini, Shills menyerahkan wang tunai untuk menyokong perbelanjaan operasi BCWA dan menghadiahkan produk Shills untuk menceriakan hidup ahli BCWA. Hadiah yang diberikan adalah produk penjagaan Shills ‘Bright Me’ yang dapat membantu menghilangkan parut dan cela pada badan, dan ‘Love Me’ untuk membantu wanita menjaga kebersihan bahagian sulit mereka. “Kami ingin membantu wanita hidup dengan yakin dan kami menunjukkan keprihatinan dan sokongan kami kepada BCWA sempena Hari Ibu,” kata Pengarah Eksekutif Shills, Lee Joyce.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.