SULWHASOO LANCAR RENODIGM EX DUAL CARE CREAM

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Jenama unggul dari Korea ini telah melancarkan Renodigm EX Dual Care Cream, produk tambahan kepada rangkaian Renodigm yang sedia ada. Dual Care merujuk kepada penjagaan dan perlindungan kulit daripada haba dan cahaya matahari. Dengan kandungan SPF 30 PA++ ia melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengelakkan pigmentasi kulit, manakala kandungan TPF40 pula melindungi kulit daripada kesan haba yang tinggi serta stres. Bagi meraikan pelancaran produk ini, Sulwhasoo Malaysia telah menerbangkan Eksekutif AMOREPACIFIC dari Korea iaitu Park Hyunsoo (Pengurus Pemasaran Kumpulan Pemasaran Global Sulwhasoo) dan Choo Jeong Han, Mark (Senior Bersekutu, Kumpulan Kajian Kosmetik Herba Asia AMOREPACIFIC) bagi menerangkan kepada para media mengenai perkembangan jenama dan produk secara menyeluruh. Para media turut diberi peluang memanjakan diri dengan sesi urutan dan merasai rawatan The Sensory Treatment.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.