LANGKAH AMAL AVEDA

Aveda Berjaya mengutip RM15,000 menerusi acara amal Walk for Water.

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Penghujung April lalu menyaksikan berlangsungnya Aveda Walk for Water, iaitu sebuah aktiviti amal tahunan yang dianjurkan jenama kecantikan tersohor ini. Tahun ini, acara amal Aveda bermatlamat sebagai satu sokongan kepada EcoKnights dan Blue Life untuk menyediakan air minuman yang bersih dan selamat kepada 1200 penduduk kampung di Mantanani, Sabah.

Rata-rata penduduk di situ berpendapat kurang daripada RM500 sebulan dan sumber pendapat mereka bergantung kepada aktiviti menangkap ikan. Ketika ini sebahagian pendapat mereka digunakan untuk membeli air minuman dalam botol dari Kota Belud, dan andai masalah mendapatkan air bersih diselesaikan tentu sekali pendapatan mereka boleh digunakan untuk perkara penting yang lain.

Walk for Water adalah satu acara simbolik kepada kesusahan wanita yang terpaksa berjalan sejauh enam kilometer setiap hari untuk mendapatkan air yang bersih. Acara berjalan kaki ini melibatkan jarak sejauh 3 kilometer dan bermula di Pavilion. Seramai 800 peserta hadir untuk menyokong acara amal ini, dan mereka mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi. Selain berjalan, para peserta juga berseronok dengan pelbagai aktiviti lain seperti tarian zumba serta beberapa permainan lain.

Lambaian peserta yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.