VITAMIN UNTUK MENGATASI KULIT KERING

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Vitamin A:

Berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru. Vitamin A banyak terdapat dalam susu, telur, buah-buahan, lobak, tomato dan labu.

Vitamin B:

Berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit agar sentiasa berseri. Sumber vitamin ini boleh diperolehi daripada keju, daging, telur, kekacang, brokoli dan bayam.

Vitamin C:

Berfungsi merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen ini yang akan membuatkan kulit kita menjadi gebu dan menutup liang roma. Sumber vitamin C boleh didapati daripada buah kiwi, brokoli, beri, tomato, melon, oren dan anggur.

Vitamin D:

Ia penting untuk mengekalkan ton kulit agar tidak kusam. Sumber boleh didapati daripada salmon, tuna dan telur.

Vitamin E:

Vitamin terpenting untuk kulit! Vitamin E boleh memperbaiki jeragat dan selaran matahari kerana ia membantu merangsang sel kulit. Sumber vitamin E adalah kekacang, minyak sayuran, sayuran berdaun hijau, tomato dan avokado.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.