KEMBALIKAN KULIT SELEMBUT BALDU

Ketahui cara mengatasi masalah kulit kasar dan kering serta petua mengekalkan kelembapan semula jadi kulit anda!

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

SOALAN: Saya perasan kulit saya kini semakin kasar, sedangkan saya tidak pernah lupa untuk mengoles losen atau pelembap. Adakah ia normal?

Munirah, Kota Damansara -

Apabila usia kian meningkat maka lebih banyak perhatian diperlukan oleh kulit, ditambah pula dengan faktor cuaca dan proses penghidratan yang boleh menyumbang kepada perubahan kulit. Walau sebanyak mana pun losen dioles, namun jika tidak mengamalkan pengambilan nutrisi atau gaya hidup sihat tiada gunanya. Penjagaan yang rapi dan lebih khusus diperlukan sekiranya anda ingin mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Ketahui langkahlangkah bagaimana cara yang betul untuk menjaga dan melindungi kulit agar sentiasa lembap dan lembut. 1 Bersihkan badan menggunakan krim mandian yang mampu memberikan kelembapan, contohnya seperti Moisturizing Body Wash. Selalunya produk mandian ini hadir dengan tekstur krim dan susu. Bahan-bahan yang digunakan juga berunsurkan susu kambing atau madu, dan kandungan bahan ini terbukti mampu melembapkan kulit. Kalau boleh elakkan krim mandian yang mempunyai buih yang banyak, kerana semakin sedikit buih lebih banyak manfaatnya. 2 Seterusnya adalah langkah yang amat penting dalam menjaga kebersihan dan kelembutan kulit badan iaitu pengelupasan. Proses pengelupasan tidak semestinya hanya menggunakan pupur badan, anda boleh menggunakan span atau sarung tangan mandian. Penyingkiran sel-sel mati, akan menyediakan kulit baru yang sihat yakni lebih mudah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.