PETUA KULIT LEMBUT

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Goreng beras tanpa minyak sehingga ronanya keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan lulur.

Lakukan lulur ini 3 kali seminggu. Lulur beras ini bukan sahaja akan menjadikan kulit anda lembut malah turut cerah berseri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.