3. TIP FESYEN

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Masih mahu palet yang sama seisi keluarga? Tidak perlu fabrik, rona dan corak sedondon malah lebih bijak dalam menyelaraskan rona yang seakan sama. untuk acara berbeza. Biasanya jenama begini fabriknya lebih tahan lasak malah jika bijak memilih, pembuatannya lebih kemas.

Seeloknya menempah baju lebih awal, sebelum Ramadan menjelma. Bagi yang sudah terlambat, pastikan anda memilih pereka atau tukang jahit yang tepat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dek kerana waktu yang suntuk. Harus rancang pelan B yang pantas agar

raya tidak terganggu.

Bagi yang mahu mendapatkan mood raya berbeza yakni lebih kasual, anda boleh berkunjung ke stor high street dengan membeli gaun shift, skirt kembang atau baju longgar yang sesuai digayakan waktu raya. Menariknya, anda boleh mempelbagaikan helaian tadi dengan gabungan helaian lain mood

Perincian yang ringkas mendorong kepada gaya yang moden dan urban. Kadangkala, pemakai baju kurung pesak polos berserta kerongsang klasik lebih menyerlah dari memakai kebaya renda sarat labuci.

Selaraskan gaya aksesori dengan helaian anda. Sekiranya busana tampak tradisional, lebihkan aksesori metal ringkas manakala busana moden, lebih manis berkerongsang atau anting-anting etnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.