5. HIDRAT SEMPURNA DI BULAN PUASA

Kekalkan kulit wajah yang lembap dengan penjagaan pemakanan anda dan rejim penjagaan kulit seperti pelembap dan pelindung UV.

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Mulakan ketika sahur yakni minum air suam dengan banyak.

Ambil makanan seperti telur dan minum susu. Jika anda tidak meminati makanan berat kala sahur, boleh cuba buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur atau tomato.

Elakkan mengambil makanan pedas, ia sebenarnya akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

Oles pelembap pada waktu malam, sekiranya anda mempunyai pupur tidur (sleeping mask) pakailah setiap hari. Ia dapat membantu merawat kulit anda yang dihidrat.

Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Kerana mencuci wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.

Oles pelembap yang bukan bebas minyak. Seeloknya yang pekat teksturnya, ia akan tahan lama pada kulit berbanding gel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.