7. SOLEKAN MINIMALIS

Ketika bulan puasa tentunya anda inginkan sesuatu yang ringan dan natural. Jadi cuba ikuti tip solekan di bawah:

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Oleskan pelembap seperti tinted

moisturizer. Rona semula jadi pelembap ini sudah memadai untuk melitupi cela di wajah.

Palit maskara tanpa penggaris mata atau pembayang mata. Cukup sekadar bulu mata lebat untuk menyerlahkan keseluruhan wajah.

Cuba oleskan lip tint, ia bukan saja mampu menyuntik rona pada bibir namun turut melembapkan. Ronanya juga tidak keterlaluan.

Hanya untuk menambah sedikit seri pada wajah, cuba sapu penyerlah (highlighter) pada cerun pipi dan batang hidung.

Lukis dan kemaskan kening untuk memberi kemasan yang sempurna pada wajah.

Akhir sekali semburkan penyembur wajah untuk kulit kekal lembap sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.