1 JUADAH BERBUKA KEGEMARAN?

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Saya suka berkunjung ke bazar Ramadan kerana saya sukakan kemeriahannya. Dan biasanya saya akan beli bermacam-macam makanan seperti ayam panggang, murtabak magi, nasi ayam, nasi tomato juga kuihmuih. Dan biasanya I will come back and get scolded by my mom for buying too much food. Kali ini saya akan lebih berhati-hati dan hanya membeli apa yang saya akan makan sahaja. 2 HAL YANG MEMBUAT ANDA TERUJA LEBARAN TAHUN INI? Tahun lalu saya melahirkan anak saya sebelum Ramadan, jadi sepanjang Ramadan saya tidak dapat berpuasa, solat, mengaji, tidak boleh ke pasar Ramadan, tidak boleh makan apa yang saya mahu, tidak dapat beraya sepenuhnya juga tak dapat pergi ke rumah terbuka kerana masih dalam pantang. Saya terlepas semua keindahan dan kebaikan bulan Ramadan tahun lalu. Saya juga tidak dapat ke pejabat merasai raya dengan koleksi raya pereka tempatan. Tahun ini adalah kali pertama saya berpeluang menjalani puasa dan raya sepenuhnya sebagai isteri dan ibu. Tambah indah kerana usia Daniel akan mencecah satu tahun, itu yang membuatkan raya kali ini lebih istimewa. Ini adalah masa yang paling sibuk untuk industri fesyen Malaysia. Pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk membeli dan memandangkan membelibelah menerusi talian cukup mudah, segala-galanya sedia dipaparkan di skrin madness komputer. Mudah untuk mereka membuat perbandingan. Pastikan anda tahu apa yang sesuai dengan bentuk badan anda. Biasanya stor online sudah menyediakan maklumat ukuran badan, jadi anda perlu tahu ukuran badan anda lebih awal supaya tidak membuat kesilapan dalam memilih saiz. Pastikan anda membeli sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum raya mana tahu jika syarikat-syarikat penghantaran mempunyai banyak barang yang perlu dihantar lantas menyebabkan penghantaran tertangguh.

3 BOLEH KONGSIKAN BERSAMA PEMBACA APA YANG FV TAWARKAN UNTUK LEBARAN TAHUN INI

Setiap kali menjelang raya adalah waktu paling sibuk bagi Fashion Valet tidak terkecuali tahun ini. Kali ini kami lebih banyak koleksi daripada pereka terkenal antaranya Alia Bastamam, Syaiful Baharim, Melinda Looi, Tengku Syahmi, Mimpikita, AzuraAzwa, Nurita Harith dan Dato' Radzuan Radziwill. Tambah istimewa buat pertama kalinya kami dapat berkolaborasi dengan selebriti, iaitu Nora Danish bagi koleksi istimewa yang akan dilancarkan bulan ini

4 FASHION LEBARAN PILIHAN ANDA TAHUN INI.

Seperti biasa suami saya akan memilih rona tema. He's more picky when it comes to

that, surprisingly! Jadi saya akan memilih helaian dari Fashion Valet yang sepadan dengan warna pilihannya. Tahun ini saya jangka saya akan banyak membawa Daniel ke rumah terbuka, jadi saya perlukan helaian yang longgar dan selesa agar saya selesa bergerak dan menyusukannya. No peplums

for me this year!

5 NASIHAT BUAT YANG MAHU MEMBELI PERSALINAN RAYA SECARA ONLINE 6 SELESA BERBUKA DI LUAR ATAU DI RUMAH. MENGAPA?

Sudah pasti di rumah. Bukan sahaja ia lebih mudah untuk solat Maghrib, ia juga lebih menyeronokkan kerana dapat bersama keluarga dan sama-sama menunggu laungan azan dari masjid. Ada sesuatu yang indah tentang berbuka puasa di rumah bersama keluarga, semua berkumpul di meja bersama-sama. Saya mendapat banyak jemputan untuk berbuka di hotel, dan biasanya saya akan menolak dengan baik kerana pada saya berbuka puasa secara bufet just too much!

7 PERNAH BERHARI RAYA TANPA KELUARGA?

Never. Walaupun dulu saya belajar di luar negara, saya selalu pulang untuk bersama keluarga. Saya amat bernasib baik kerana keluarga saya dan keluarga mentua tinggal berdekatan, kami suami isteri tetap dapat bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kami pada hari pertama, Tak perlu bergaduh tentang soal giliran rumah siapa pada raya pertama. So make sure you check where your future inlaws live first before you get married! Ha ha!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.