15. BUKU

Isi jiwa anda dengan buku berbentuk motivasi dan keagamaan bagi mengisi masa senggang yang ada semasa menanti waktu berbuka nanti. Lihat empat buku pilihan kami.

EH (Malaysia) - - Soal Cantik - Penulis: Malala Yousafzai & Christina Lamb Penulis: B.Aisha Lemu & Fatima Heeren Penulis: Dian Pelangi

I AM MALALA

Ketika Taliban menguasai Swat Valley di Pakistan, seorang wanita bersuara keras untuk memperjuangkan hak dalam pendidikan. Memoir ini membawa kisah Malala yang berusia 14 tahun, gadis berjiwa besar ini memperjuangkan hak miliknya. Dia ditembak Taliban kerana kekerasannya namun kini dia menjadi inspirasi pejuang kemanusiaan dunia.

WOMAN IN ISLAM

Buku ini hadir dengan dua elemen penceritaan yang memfokuskan peranan wanita Islam dalam kehidupan dan juga dalam keluarga. Buku ini hadir dalam persembahan yang mudah difahami dengan logik serta alasan daripada perspektif penulis. Tentang pendapat, nilai kemanusiaan dalam kehidupan moden.

DON’T BE SAD

Penulis: Aidh Al Qarni

HIJAB STREET STYLE Buku ini memaparkan gaya jalanan fesyen berhijab yang semakin menjadi perhatian. Dian Pelangi merupakan antara individu awal yang mengkomersilkan fesyen berhijab di rantau ini dan buku ini mampu memberi ilham buat anda akan gaya bertudung yang sesuai dipakai untuk lebaran nanti. Pada saat ramai daripada kita mencari panduan memahami makna kehidupan di setiap dugaan, Aidh Al Qarni menulis buku ini dengan penuh aspirasi buat pembaca. Beberapa situasi diberikan contoh berserta tauladan di baliknya. Aidh membuka mata pembaca bahawa setiap dugaan yang diturunkan sebenarnya membuatkan kita manusia yang lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.