25. PANDUAN MENGHIAS KEDIAMAN

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

1 Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat merubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu.

2 Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

3 Elakkan menghiasi kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, yakni bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

4 Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.

5 Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman.

6 Kebersihan adalah perkara paling penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih. 7 Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar. 8 Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

9 Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

10 Jika boleh usah letakkan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil. Tahu-tahu sajalah pabila Hari Raya, tetamunya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.