MONKI: STAIL CHIC SKANDINAVIA

Gaya cool street dengan DNA cetak dan gaya tersendiri.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Monki direalisasikan oleh tiga rakan yang mengimpikan pendekatan fesyen yang unik, mereka mahu melahirkan satu rekaan yang melambangkan keseronokan bersama iringan muzik, parti dan kegembiraan. Monki ditubuhkan pada tahun 2006 dengan pembukaan stor pertamanya di Gothenburg, Sweden. Hari ini Monki telah berkembang sehingga mempunyai 80 buah stor di 11 pasaran utama termasuklah di sekitar Eropah, Jepun, Hong Kong dan China. Ini termasuklah pembukaan pertamanya di pusat beli-belah Nu Sentral Kuala Lumpur sekali gus memperkenalkan himpunan musim bunga terbaru mereka.

Rak Monki dipenuhi dengan rona dan cetak lantang sejajar dengan identiti dan visi jenama yang menyelitkan unsur keseronokan dalam penataannya malah menonjolkan cita rasa fesyen peribadi yang unik dan memberi kuasa gaya pada pemakainya. Potongannya juga berbeza, jika dilihat, potongannya tampak pelik namun setelah dicuba ia jelas melahirkan statement baru pada penampilan. EH! diberi kesempatan menemu bual Carolyn Carlyd, Ketua Rekaan Monki. Monki membawa maksud kegembiraan, keberanian, inspirasi dan sudah tentunya fesyen!

Pelanggan ideal anda?

Our ideal customer is a happy one!

Strategi dalam memasarkan label ini.

Kami mempunyai jabatan penjenamaan dan pemasaran yang sangat bagus, mereka bekerjasama dengan PR, menguruskan media sosial malah menganjurkan beberapa majlis hebat bersama. Mereka juga mencipta hubungan baik dengan para pembeli, memberi inspirasi kepada bakat dan wakil kolaborasi.

Faktor yang membuatkan jenama ini lebih berjaya?

Di Monki kami menumpukan serta memperbaiki diri kami setiap masa. Mendengar kehendak pelanggan, sentiasa memperbaiki koleksi serta komunikasi sekali gus membentuk serta memperkuatkan perkongsian visi dalam kumpulan.

Berapa banyak kajian yang dibuat menerusi proses produksi dalam sesuatu helaian/rekaan?

Saya tidak berapa pasti sekiranya mahu memberi waktu yang spesifik tetapi mungkin anda dapat meneka, sesetengahnya mengambil masa yang agak lama. It depends on everything from how key the look or garment is in the collection. Seterusnya bergantung kepada material yang digunakan how is the fit, the cut, the price! Everything needs to be considered.

Jadi, kesemuanya perlu disiapkan dalam berapa lama?

Secara umumnya, kami menetapkan trend dalam jangka masa 12 bulan lebih awal dan helaian disiapkan dalam jangka lapan bulan yakni lapan minggu sebelum memasuki stor. Ia merupakan fast/slow process.

Bagaimana pula dengan cetakan. Berapa banyak koleksi corak yang ada?

Beratus! Cetak adalah perkara wajib di Monki. Kami sebenarnya mempunyai dua pereka corak yang bekerja sepenuh masa dalam mencipta dan memperkembangkan cetakan baru.

Apakah cetak ikonik Monki?

Saya tidak berapa pasti tentang corak ikonik. Tetapi bagi saya, cetakan yang pelbagai menjadikan kami lebih Ikonik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.