Material Bingkai Cermin Mata

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Kenali material bingkai cermin mata sebelum anda membelinya. Antara material yang paling terkenal ialah titanium dan plastik. Setiap material cermin mata mempunyai cara tersendiri untuk anda menjaga bingkai agar tahan lebih lama. Salah satu material yang kian popular ialah asetat terbiodegradasikan, yang digunakan dalam koleksi Prodesign Zense 762228. Bingkai koleksi ini kelihatan seperti kayu tetapi ia dihasilkan menggunakan asetat terbiodegradasikan yang diberus pada permukaan bingkai untuk meniru ira kayu. Direka khas untuk wanita dan jejaka yang mementingkan alam sekitar namun mahu kelihatan

high fashion dan intelektual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.