Percaturan Hatta Dolmat

MISINYA MAHU MENCIPTA VARIASI GAYA, DARI SARAT HINGGA HELAIAN SEDIA PAKAI RINGKAS, AGAR PASARANNYA LEBIH MELUAS.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1Ceritakan

tentang perkembangan Hatta Dolmat sebelum dan selepas bergelar pereka.

Selesai menyempurnakan kursus diploma dalam jurusan fesyen di UiTM Seri Iskandar, saya melanjutkan pengajian Sarjana Muda dalam jurusan yang sama di Shah Alam. Pertama kali saya memenangi pertandingan rekaan fesyen adalah di Young Designer Award anjuran Jusco dan One Utama. Kemudian, saya mula mendapat publisiti majalah setelah Erra Fazira menggayakan rekaan saya untuk muka depan majalah tempatan. Setelah tamat pengajian, saya menyertai pertandingan Jarum Berlian anjuran majalah Rias serta pertandingan rekaan busana pengantin dan keduaduanya meraih tempat pertama. Hatta Dolmat mula dikenali setelah beberapa kali memenangi anugerah di karpet merah ABPH dan penyertaan program realiti TV, Project Runway sehingga menduduki tangga tiga terbaik. Saya juga pernah menerima anugerah Best Designer of The Year di malam BDA MiFA serta menerima anugerah UDC Bussiness Award yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun

2011 yakni setahun sebelum pembukaan butik Hatta Dolmat Couture di Shah Alam. Kini, saya menjalinkan usaha sama bersama Universiti City selama setahun dalam pencarian dan mengetengahkan bakat baru dalam bidang fesyen. 2Berapa

banyak rangkaian

kendalian anda? Setakat ini Hatta Dolmat Couture mempunyai rangkaian buat busana pengantin, karpet merah dan busana istimewa buat selebriti. Rangkaian Hatta sedia pakai pula banyak mengeluarkan rekaan raya. Ia diwujudkan sejak dua tahun lepas selepas kolaborasi bersama syarikat fesyen gergasi First Lady. Terbaru, rangkaian sedia pakai helaian lelaki, HIM by Hatta Dolmat diperkenalkan. 3Apakah

falsafah seni

anda? Mengekalkan keaslian serta identiti dalam setiap pembuatan selaras dengan rekaan yang praktikal. 4Hala

tuju jenama anda? Pasaran Hatta Dolmat lazimnya untuk orang Melayu. Yakni keperluan masyarakat Melayu dalam majlis persandingan, Hari Raya dan beberapa

majlis penting. Bukan

sekadar menghasilkan rekaan yang mewah, saya juga masih membekalkan rekaan dalam harga mampu milik agar jenama Hatta Dolmat itu sendiri lebih menyeluruh. 5Signature

helaian Saya sudah mempraktikkan rekaan yang punya perincian sejak di UiTM. Saya gemar rekaan bertekstur dengan mainan material yang berbeza. Jadi tidak salah untuk meneruskan kecenderungan ini namun cita rasa dan cara pembuatan perlu mengikut kehendak pasaran semasa. 6Tetapi

bagaimana mendapatkan signature untuk helaian sedia pakai? Tahun lepas saya menggunakan material broked, renda serta penggunaan warna clashing untuk koleksi raya. Setiap satu material punya empat rekaan berbeza, jadi biarpun tidak mempunyai banyak perincian, sentuhan dan peyelarasan identiti Hatta Dolmat masih dapat dikekalkan menerusi identiti perincian minimalis. 7Pandangan

anda mengenai industri fesyen tempatan – kelebihan dan

kekurangan? Industri kita berkembang positif dengan munculnya nama-nama baru yang membawa imej serta hala tuju yang berbeza. Tetapi kekurangannya ialah pasaran industri tempatan tidak begitu besar berbanding negara jiran. Pereka boleh terperangkap dalam idea atau menghasilkan rekaan yang hampir sama, jadi permintaan untuk sesuatu label semakin mengecil. Jalan terbaik ialah pereka perlu lebih bijak dalam penggunaan media sosial untuk menonjolkan kekuatan rekaan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.