Teman Kembara

Bagasi memainkan peranan utama ketika anda mengembara sama ada di dalam atau ke luar negara.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

Bagasi LOJEL cukup terkenal sebagai bagasi yang dihasilkan dengan teknologi canggih untuk memastikan bagasi kekal ringan namun masih lagi memiliki ruang yang mencukupi terutamanya mereka yang sentiasa mengembara. Selebriti terkenal, Nora Danish sentiasa mencari bagasi yang bersesuaian dengan dirinya. Sebagai seorang ibu dan dalam masa yang sama sibuk dengan hal kerjaya, dia memastikan bagasinya muat untuk menyimpan segala barang tanpa masalah.

Anda boleh mendapatkan bagasi LOJEL di The Travel Store seluruh Malaysia. The Travel Store ditubuhkan pada tahun 2005 dan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini. Kini, The Travel Store telah memiliki 15 cawangan seluruh Malaysia dengan satu cawangan gabungan dikenali sebagai EcoVenture. Slogan Every Journey Begins Here melambangkan bahawa The Travel Store ini teman perjalanan dan kembara anda. Jenama terkenal seperti LOJEL, VAUDE, Echolac, Eminent, Swiss Wenger dan Hush Puppies juga boleh didapati di sini. Kelebihan The Travel Store ialah Pengurusan Khidmat Pelanggan yang memenuhi keperluan unik pelanggan dan menawarkan khidmat selepas jualan seperti pembaikan bagasi, perunding produk berpengalaman untuk menawarkan maklumat juga tip kembara dan banyak lagi.

KOLEKSI LOJEL WAVE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.