Tip Stail

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal - *KEMUKAKAN SOALAN ANDA TERUS KEPADA YANA@BLUINC.COM.MY

MAGISNYA FESYEN PABILA HANYA SEHELAI BAJU ATAU AKSESORI DAPAT MERUBAH KESELURUHAN MOOD SEKALI GUS MENCIPTA KEYAKINAN YANG LUAR BIASA. LEBIH MENGUNTUNGKAN, PABILA KITA LEBIH MUDAH ‘MENGHIDU’ APA YANG TERBAIK UNTUK STAIL SENDIRI MAHUPUN UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

1 Mahu tampil segar dalam gaya kasual untuk hari-hari biasa. Bagaimana jika masih mahu tampil berfesyen tetapi ringkas? – Aini, Perak

Gaun longgar: Jadikan gaya musim panas yang effortless sebagai kunci gaya anda. Pilih fabrik lembut seperti sifon dengan perincian lisu tanpa sebarang aksesori kilau.

Fabrik organik: Menjadi sebahagian penyumbang dalam memelihara alam, anda disarankan memilih fabrik dari material organik. Kini penggunaannya lebih meluas malah tercatat pada sesetengah label. Efek yang terhasil dari fabrik ini turut memberikan satu kuasa gaya berbeza. Jadi, padankan dengan rona-rona elektrik seperti biru, fuschia atau jingga agar gaya lebih bold dan daring.

Rona sedondon: Gandingkan rona yang sama dengan corak yang berlainan agar tidak tampak terlalu sarat. Contohnya, seluar denim rona lusuh, baju kemeja rona biru pastel bersama jaket bercorak bunga atau bintik. 2 Kurang arif tentang pilihan beg tangan yang bersesuaian jadi saya lebih cenderung menggayakan beg dari rekaan yang sama sahaja. – Emma, Klang Punya beberapa garis panduan asas bagi yang kurang mahir dalam pemilihan beg tangan ataupun bagi yang mahu berjimat agar pembelian anda tidak mendatangkan kerugian.

Bentuk tubuh rendah: Pilih beg tangan yang memanjang. Bentuk tubuh rendah dan sedikit bulat: Pilih rekaan yang panjang, beg tote segi empat tepat dengan rekaan tali labuh atau clutch structured yang ringkas. Bentuk tubuh tinggi dan kurus: Beg hobo, pouchy atau bentuk separa bulat.

Mempunyai saiz buah dada yang besar: Elakkan memilih beg tangan tali pendek kerana dikhuatiri akan tampak terlalu penuh di bahagian atas. Seeloknya memilih tali beg yang sedikit panjang dan saiznya tidak terlalu kecil atau besar.

Rangka kecil: Anda bebas menggayakan apa jua jenis rekaan tapi paling sempurna jika menggayakan beg sederhana besar yang tidak terlalu menutup bahagian paha supaya bentuk kaki masih menyerlah. 3 Raya kali ini saya mahu tampil ringkas dan praktikal terutamanya untuk rekaan kasut. Punya pengalaman yang kurang menyenangkan tatkala menyarung kasut pump bertumit raya tahun lalu. Buntu mencari idea terbaik bagi menggantikan gaya kasut jenis ini dalam waktu yang sama masih mengekalkan gaya elegan raya. – Wanie, Johor Pilihan terbaik adalah dengan menyarung sandal bertumit (tumit tidak terlalu kecil dan masih selesa untuk langkah yang lama.) Rekaannya yang ringkas sesuai untuk gaya kasual dan rekaan feminin sekali gus memberi sentuhan fashion forward. Lihat rujukan di bawah:

Armani Exchange

Sara Ali: “Tahun ini saya suka rekaan Adila Long Majestic raya. Saya suka bila penggunaan asas fabrik sutera, pelikat dan songket dalam kombinasi moden dan tradisional. Biasanya baju raya saya tidak akan banyak, cukup hanya dua pasang.”

Bonia

Carlo Rino

Paul Smith

DKNY

Charles&Keith

Pedro

Stuart Weitzman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.