SYOMIR IZWA

EH (Malaysia) - - Stail -

Ceritakan mengenai konsep rekaan raya anda?

Idea terhasil dari kembara ke Sydney tahun lepas. Serba praktikal biarpun tidak loud tetapi masih menonjol di samping penggunaan rona yang diilhamkan daripada seni dekor era 20-an dan preppy 40’an. Menariknya kali ini saya menggunakan fabrik mesra alam iaitu asas buluh organik.

Apa rahsia di sebalik setiap garisan yang terdapat dalam koleksi ini?

Ia adalah hasil dari bangunan yang masih terpahat di ingatan saya sewaktu bercuti di Sydney. Saya pecahkan 20 rekaan itu mengikut kumpulan berbeza. Dari kumpulan rona nude, macaroons dan rona signature Syomir Izwa iaitu biru firus. Setiap kombinasi diselaraskan dengan penggunaan rona putih agar kesemua rekaan tampil seimbang.

Rangkaian harga?

Setiap rekaan mempunyai 50 helai dan rata-ratanya terjual dalam lingkungan harga RM420 hingga RM480.

Di mana boleh dapatkan koleksi ini?

Di zalora.com.my sejak penghujung Jun hingga penghabisan stok. Boleh juga berkunjung ke butik Syomir Izwa untuk 10 rekaan eksklusif bagi rangkaian label mewah.

“Koleksi ini merupakan kolaborasi pertama Syomir Izwa bersama aplikasi Kakaotalk juga label kedua yang mendapat tawaran ini selepas jenama Burberry. Jadi kesemua emoticon di Kakaotalk akan menyarung rekaan dari koleksi ini.”

– Syomir Izwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.