Wajib Ada!

BOLEH DIKATAKAN THE MOST ESSENTIAL ITEM BUAT WANITA. SOLEKAN AKAN TAMPAK TIDAK SEMPURNA TANPA ALAT UNTUK MENAIKKAN SERI MATA.

EH (Malaysia) - - Mata -

TIP: Jika anda tidak boleh mengelakkan pemakaian penggaris mata atau maskara yang comot, sentiasa sediakan putik kapas dengan sedikit vaselin. Yakni pemakaian maskara atau penggaris mata comot dapat diatasi segera.

SHISEIDO AUTOMATIC FINE EYELINER

Hadir dengan muncung yang lebih halus, anda dapat menghasilkan garisan yang semula jadi pada atas bulu mata. RM60

URBAN DECAY 24/7 VELVET

Penggaris mata kalis air yang mampu bertahan selama 24 jam ini hadir dengan tekstur velvet, lebih lembut dan mudah dipalit. RM69

DIOR ADDICT ITLASH

Hadir dengan berus yang lebih efektif untuk melentik dan melebatkan bulu mata. Cukup dengan sekali palitan mata anda akan tampil menyerlah. RM110

BCL BROWLASH EX PERFECT MASCARA

Berus melengkung mempunyai kelebihan tersendiri, ia menghasilkan lentikkan yang sempurna dan bebas comot. RM69.90

BOBBI BROWN INK LINER

Penggaris mata pen dengan muncung tajam, menghasilkan satu garisan yang kemas dan lembut. RM105

KISS ME HEAVY ROTATION SHINY JEWEL EYELINER

Penggaris mata cecair kalis air ini hadir dengan tekstur berkilau untuk mata yang lebih menyerlah! RM49.50

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.