ERA GLAMOR

EH (Malaysia) - - Befersiytean -

Menghidupkan kemewahan era 50-an dan 60-an dengan suntikan gaya moden, Jaspal mengambil inspirasi klasik era keemasan Hollywood untuk digayakan oleh pengikutnya. Penggunaan rona seperti pastel, neutral, corak bunga, nautika serta percikan neon ke atas fabrik tekstur dan skuba menambah lagak musim bunga ini. Setiap helaian menampilkan keistimewaan yang mampu memenuhi cita rasa setiap wanita, sama ada blaus jarang atau gaun ketat yang dapat menyerlahkan keanggunan. Jaspal turut mempunyai kasut rona neon dan perincian metalik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.