‘On point starlet’

KEJAYAAN DI PENTAS LAYAR MEMBERI JALAN BAGI MEMPERLUASKAN PENGARUH MEREKA. EH! BARISKAN BEBERAPA BINTANG MUDA YANG TERGOLONG DALAM

EH (Malaysia) - - Stail - THE HOTTEST KIDS ON THE BLOCK...

Bagi mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon, bukan semata hebat di layar perak, setiap apa yang dituturkan, digayakan di majlis rasmi dan perancangan gaya kasual semuanya sama penting. Ia perlu ada magis dan aura biarpun penggayaan itu sekadar berseluar denim dan baju polos sahaja. Malah, lebih sukar sekiranya mahu kekal di radar yang sama (atau yang lebih baik) pabila sudah dinobatkan sebagai ikon stail. Besar tanggungjawabnya! Ajaibnya, entah apa yang telah disuntik ke dalam tubuh mereka ini sehinggakan apa sahaja yang tersarung mahupun aneka tatarias bagaikan ‘hidup’, lantas menyerlahkan definisi gaya yang cukup tersendiri. Sehinggakan, muncul terma gaya seperti ‘The romantic princess’, ‘The classy edgy’, ‘The new modesty’ dan pelbagai terma yang mewakili signature sekali gus mencipta status pada selebriti.

Pendapat saya, apa yang tersimpan dan mengalir dalam tubuh mereka adalah originality. Ia digilap dan dijaga sehingga melahirkan keyakinan yang dijadikan booster dalam setiap gerak geri. Brigitte Bardot, Jane Birkin, Farrah Fawcett, Marilyn Monroe dan Audrey Hepburn antara primadona legenda yang tahu bagaimana mahu merealisasikan bahasa gaya. Mereka tahu apa yang perlu disarung, dan tahu bagaimana mahu mewujudkan watak yang unik untuk setiap peranggu. Maksudnya, penyampaian gaya bukan bergantung pada sesuatu helaian tetapi yang lebih utama adalah kekuatan dan fahaman individu itu sendiri. Pengalaman saya pabila menyarungkan satu rekaan yang sama kepada dua selebriti yang berlainan, imejnya pasti berbeza biarpun bentuk tubuh meraka seakan sama.

Emma Watson: Mega Star

Selepas membintangi siri filem Harry Potter, namanya melonjak dan dia menjadi the

next big thing kala itu. Pertama kali muncul di karpet merah 13 tahun lalu, umurnya baru 11 tahun. Banyak yang dipelajarinya, momentum gayanya saban hari semakin mempesonakan. Muncul ke permaidani merah tahun 2007 bersempena Charity Gala di London, dia menyarung gaun hitam berbalas emas serta perincian bulu pelepah rekaan Chanel, menambahkan lagi pesonanya. Dari gaya princessy, dia bertukar gaya sedikit edgy pabila pernah menjayakan gaya Burberry sehingga terpilih menghiasi kempen jenama itu.

Katanya, alangkah bertuah sekiranya seorang tampil ke layar perak sewaktu usia yang matang, yakni sudah tahu apa yang perlu di gayakan. Berbanding dirinya, dia perlu melalui banyak proses dan transisi sebelum mahir dalam fashion game yakni pulangan besar selepas tampil bergaya ke permaidani merah. Gayanya saban hari semakin menyerlah biarpun tampil dalam rekaan yang minimalis. Buktinya, pabila tampil dengan helaian gaun putih polos sentuhan 90-an sewaktu menghadiri tayangan perdanan ‘Noah’ di the Odeon Leicester Square.

Pilihan gaya permaidani merah Emma Watson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.