Zendaya Coleman

EH (Malaysia) - - ‘it Girl’ -

Pada usia semuda 18 tahun pelbagai cabang kerja sudah dilakukannya, dari menyanyi, menulis lagu, berlakon, menari juga bergelar model.

Kariernya bermula semenjak awal pengajiannya di Oakland School for The Arts dan Cal Shakes Summer Conservatory Program. Waktu hariannya dihabiskan dengan menghadiri uji bakat dan pernah muncul dalam video Katy Perry, Hot n Cold. Pada 2011 Zendaya menghasilkan single pertamanya berjudul, Swag it Out dan seterusnya Watch Me dan lagu itu pernah menduduki tangga ke-86 dalam carta Billboard.

Dia dikatakan bakal melakonkan watak Aaliyah dalam filem biopic bekas penyanyi R&B yang mati pada 2001 lalu. Pakej yang kuat dalam dirinya membuka satu lagi peluang kerjaya buatnya pabila dia mula mendapat jemputan sebagai penghias barisan hadapan pementasan fesyen yang lalu. Memperlihatkan gaya dan pengaruhnya, tidak mustahil wakil generasi Y ini akan menandatangani kontrak bersama label fesyen terkemuka dalam waktu terdekat dan dia sudah dilantik sebagai wajah Material Girl untuk musim luruh 2014.

Menyarungkan gaun slit corak Emmanuel Ungaro ke MTV Movie Awards.

Serba corak dari rak Juicy Couture dalam gaya santai ke Anugerah Muzik Radio Disney 2013.

Menggayakan sut tartan dari rak Vivienne Westwood ke sambutan Elle 5th Annual Women in Music Concert Celebration.

Menggayakan koleksi Emanuel Ungaro musim bunga ke Anugerah grammy kali ke-56.

Gaya ringkasnya dalam persalinan baju cropped dan sut lengkap rona metalik.

Menggayakan serba metalik dari Gucci koleksi kembara 2014 ke pra parti Grammy Friends ‘N’ Family.

Kemeja cropped dan skirt corak dari rekaan Peter Pilotto ke Radio Disney Music Awards 2014.

Gaun jalur monokrom Max Mara dan kasut bertali Giuseppe Zanotti ke majlis koktel Max Mara.

Menggayakan jumper denim serta kasut tumit polos di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.