DETTOL KEKAL MEMBERI PERLINDUNGAN TERBAIK BUAT KELUARGA

EH (Malaysia) - - Wangian -

Dettol terus komited memberikan yang terbaik untuk melindungi warga Malaysia daripada kuman. Menurut Abhishek Chuckarbutty, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura, “Keluarga adalah segala-galanya untuk kita, dan atas kesedaran itu kita perlu memastikan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Dalam dunia yang kini semakin tercemar, Dettol dipercayai oleh keluarga dan ahli-ahli profesional perubatan seluruh dunia sejak generasi yang lalu.” Tambah Abhishek lagi, “selama beberapa tahun ini, kami telah memperluaskan lagi pasaran rangkaian produk kami, dan ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan daripada warga Malaysia. Dettol telah berkembang dengan hanya cecair antiseptik kepada rangkaian produk yang membanggakan merangkumi sabun, sanitizer tangan, cecair pembersih tangan, gel mandian dan tisu basah anti-bakteria.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.