FATHIA PILIH PANTENE

EH (Malaysia) - - Wangian -

Setelah sebulan menjalankan kempen di media sosial di mana pelakon Nur Fathia Latiff yang terkenal menerusi drama bersiri Arianna Rose menarik perhatian para peminatnya di Twitter dan Instagram dengan berkongsi klip ringkas dari misi untuk memberikan rambutnya ‘Peluang Untuk Bersinar’ (#ChanceToShine). Beliau akhirnya mendedahkan hasilnya ketika sesi perkongsian bersama media di Tanzini Upper Deck, G Tower. “Sains di sebalik syampu ini benar-benar menarik perhatian saya. Biasanya kita hanya bimbang dengan apa yang boleh dilihat atau dirasakan, seperti haba dan kelembapan – siapa sangka mineral di dalam air boleh menjadi musuh dalam diam yang menghalang rambut dari kelihatan cantik? Saya juga sukakan wangian rangkaian ini,” kata Nur Fathia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.