ACUVUE LANCAR KANTA KECANTIKAN PAKAI BUANG

EH (Malaysia) - - Wangian -

Johnson & Johnson Vision Care (JJVC) melancarkan siri lengkap kanta kecantikan 1 DAY ACUVUE DEFINE– Vivid Style, Accent Style, serta Natural Shine baru. Mengambil inspirasi daripada corak semula jadi iris, 1 DAY ACUVUE DEFINE merupakan kanta kecantikan seharian yang direka khas untuk menyerlahkan mata wanita Asia agar tampak lebih besar dan bersinar. 1 DAY ACUVUE DEFINE yakin akan dapat memenuhi permintaan kecantikan wanita Malaysia yang semakin meningkat dengan adanya siri lengkap kanta kecantikan, seterusnya mempertingkatkan keyakinan wanita Asia dengan tampil cantik semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.