HI WAIST JUARA PERTANDINGAN HIRUSCAR POST ACNE ‘STEP UP’

EH (Malaysia) - - Wangian -

Segala usaha dan latihan yang cukup memenatkan akhirnya mendatangkan hasil lumayan bagi kumpulan Hi Waist yang majoritinya dari Kolej Universiti HELP apabila membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM5,000 di pertandingan tarian anjuran Hiruscar Berjaya Times Square. Pertandingan di peringkat akhir ini membawakan 10 kumpulan finalis daripada sekolah, kolej, universiti di seluruh Lembah Klang. Pertandingan tarian Hiruscar Post Acne “STEP UP” bertujuan untuk menggalakkan anak-anak muda supaya melangkah penuh yakin dalam kehidupan mereka walaupun wajah tidak sempurna dengan adanya cela pada wajah. Ia mengajar anak-anak muda supaya sentiasa yakin dan serlahkan keistimewaan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.