RAWATAN BOLEH DICUBA

EH (Malaysia) - - Rambut -

L’OREAL HAIR SPA DETOXIFYING CREAMBATH Jika anda rasakan rambut anda terdedah kepada terlalu banyak bahan kimia, cuba ambil sedikit masa dan lakukan rawatan detoks rambut ini. Selain mampu memberikan lembapan pada rambut ia juga berupaya merawat rambut yang rosak akibat kesan alam sekitar dan juga bahan kimia hasil penggunaan produk rambut. Bahan seperti minyak ‘Tea Tree’ yang dihasilkan oleh daun Melaleuca Alternifolia ini berfungsi membersihkan sebum dan kotoran pada kulit kepala lantas menghasilkan kulit kepala yang lebih sihat. Sekiranya anda mempunyai masalah rambut lain anda juga boleh memilih tiga daripada rawatan Hair Spa ini iaitu Deep Nourishing Creambath, Repairing Creambath dan Smoothing Creambath.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.