RUNCINGKAN WAJAH

Semakin lama wajah semakin membulat, sedangkan badan tidak pula berisi, apa cara yang boleh dilakukan untuk wajah kekal runcing? – Ana Hussein, Klang

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Yang dahulu tulang pipi ketara menonjol, tulang rahang juga cukup sempurna garisannya namun semakin berusia dan tahap metabolisme yang kian rendah menyebabkan wajah dan badan semakin berisi. Ungkapan “muka saya tampak gemuk, hilang jawline/cheekbones” memang biasa didengari, malah kadang kala itu yang menjadi punca anda berdiet. Namun kini dengan teknologi dan formula luar biasa, memiliki wajah runcing dan berbentuk semula tidak menjadi masalah. Malah dengan senaman wajah yang anda boleh amalkan setiap hari dapat membantu melancarkan aliran darah serta membakar lemak di bahagian tertentu. Hasilnya anda akan peroleh wajah yang terbentuk, kulit yang menganjal tanpa perlu melakukan pembedahan plastik! Punca wajah/badan berisi Kerap tidur, terutama sekali jam empat petang ke atas. Terlalu banyak makan tetapi tidak melakukan senaman. Tidak mengamalkan diet yang sihat. Berdiet, kemudian berhenti di tengah jalan. Tidur sebaik selepas makan. Pencemaran. Terdedah kepada sinaran matahari. Merokok. Cara anjalkan kulit Cara terbaik untuk mengembalikan keanjalan kulit adalah dengan bersenam, penggunaan serum/rawatan wajah dan mengamalkan diet yang sihat. SENAMAN WAJAH Teknik menepuk dagu (tapping motion) menggunakan belakang tangan setiap pagi, petang dan malam. Lakukan sebanyak 40 kali. Ini adalah bertujuan mengurangkan dagu berlipat (double chin).

Berteleku di bibir katil, tongkatkan dagu menggunakan telapak tangan, manakala siku di atas lutut. Lakukan setiap hari sebaik anda bangun pagi selama 10 minit, ini juga salah satu cara untuk mengurangkan dagu berlipat.

Lakukan aksi yang sama seperti di atas namun kali ini tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dgn telapak tangan), siku di atas lutut. Lakukan selama 10 minit bermula dengan tekap di dahi, pipi dan diakhiri di dagu. Senaman ini bertujuan untuk mengurangkan muka sembap dan menaikkan tulang pipi.

SERUM WAJAH (LIFITNG AND FIRMING/YOUTH ACTIVATOR) Penggunaan Facial Lifting mask/ serum dan Youth Activator hasilnya memang cepat berbanding senaman. Selain menaikkan seri wajah dan menghilangkan dagu berlapis, ia juga mengurangkan kedutan atau garis-garis halus bawah mata, tepi bibir dan secara tidak langsung menaikkan tulang pipi tidak kurang juga menyerlahkan kembali keremajaan kulit.

RAWATAN FACIAL LIFTING Face lift bermaksud mengurangkan tandatanda penuaan seperti kedutan, garis halus dengan menghadkan penggunaan sumber tenaga luar, antara rawatan yang biasa ditawarkan dikenali sebagai microcurrent. Microcurrent yang saiznya sebesar zarah mampu mengaktifkan reaksi kimia pada tahap cellular untuk menggalakkan penghasilan kolagen semula jadi dan elastin. Hasilnya kulit lebih anjal dan struktur wajah lebih sharp. Rawatan sebegini boleh didapati di spa kulit atau mana-mana pakar kecantikan.

“Serba cermat dan ringkas dalam kehidupan. Pabila stres, belajar bagaimana untuk lupakannya. Belajar bagaimana untuk seimbangkan tanggungjawab dan masa untuk berseronok.” – Diana Danielle tentang cara dia mengekalkan keremajaan.

Dapatkan buku Rahsia Cantik 15 Selebriti untuk lebih banyak tip kecantikan selebriti popular.

HADA LABO RETINOL LIFTING AND FIRMING LOTION, RM55.90

CLARINS FACIAL LIFT, RM259

LANCOME ADVANCED GENIFIQUE YOUTH ACTIVATOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.