“Pakar Sakit Hati”

BAB 8: MAX DAN RYAN

EH (Malaysia) - - Tinta -

Folie a deux. Simptom psikotik yang dikongsi oleh dua orang dek kerana hubungan yang rapat – sekurang-kurangnya itulah pemahaman Dr. Max tentang sindrom tu. Dia cuma tak sangka yang dia cukup rapat dengan Nina untuk mengalami sindrom tu.

Petang itu, seperti yang dijanjikan, Max ke rumah Nina sebagai sebahagian daripada rawatan house call – sekurang-kurangnya itulah yang Max cuba beritahu diri dia sendiri, sedangkan tak pernah sepanjang kerjayanya dia rajin nau nak membuat house call ni!

Apartment Nina lokasinya di satu tempat di Damansara, tapi Damansara yang taklah terlalu posh. Biasalah, Damansara sekarang ni ada di mana-mana. Max simpulkan yang Nina seorang yang berasal dari middle class

family – tak terlalu susah tapi tak terlalu senang.

Sampai di luar pintu, Max menekan loceng dengan tangan kanan. Bukanlah sebab lebih afdal buat macam tu, tapi sebab tangan kiri Max memegang sekotak coklat Cadbury. Walaupun tak perlu kasi buah tangan kat pesakit, tapi Max pun tahu juga adab kalau bertandang ke rumah orang. Lagipun coklat Cadbury tu murah je – Max beli borong barubaru ni sebab ada ura-ura yang kononnya coklat tu tak halal. Max tak percaya bendabenda ni semua, jadi dia beli jelah.

Pintu dibuka dan kelihatan Nina tersenyum di muka pintu. Ada apa tentang Nina yang membuatkan Max rasa nak peluk dan beritahu dia “Everything’s gonna be okay”? Mungkin sebab mukanya dah jadi pucat sehingga kita tak perasan yang sebenarnya kulitnya putih dan mulus. Mungkin sebab matanya dah terlalu keletihan dek kerana tak dapat tidur, sehingga kita tak perasan yang sebenarnya mata tu satu ketika dulu boleh memukau sesiapa saja.

Mungkin.

“Thanks for coming, Max,” katanya sambil Max mengunjurkan coklat Cadbury yang katanya dah halal tu.

Max masuk. Nina senyum malu-malu. “Sorry, the house is a mess.”

“You’re kidding, right?” balas Max. Keadaan rumah tu masih dikira teratur untuk seseorang yang menghidap penyakit murung macam Nina. Malahan penyakit murung Nina yang dah sampai ke tahap psikotik ni sepatutnya membuatkan dia tak berfungsi langsung. Tapi elok je keadaan rumah ni – sekali gus membuatkan Max sedikit musykil. Sikit saja la.

Benda pertama yang Max cari dalam rumah tu adalah… stoking. Tidak, Max tidak punyai sebarang fetish terhadap stoking. Tapi dek kerana Nina sendiri pernah ceritakan tentang stoking yang terdapat di merata-rata tempat sebagai ‘tanda’ arwah suaminya, Ryan – maka itulah yang Max cari.

Max tahu dia sepatutnya tak jumpa stoking-stoking bergelimpangan tu – sebab itu sepatutnya sekadar imaginasi Nina yang masih rindukan arwah suaminya. Sepatutnya. Tapi Max nampak stoking-stoking tu. Sepasang stoking warna biru gelap – tapi satu berada di sudut nak ke dapur, dan satu lagi di rak letak kasut. Serta-merta, Max jadi risau. Nampaknya keadaan Nina ni lebih teruk daripada apa yang dia jangkakan. Nina sanggup pentaskan semula perangai arwah ketika dia hidup dulu semata-mata nak memenuhi imaginasi murungnya sendiri. Parah ni.

Nina kembali dari dapur dengan dua gelas teh o ais. Dia duduk di hadapan Max tanpa menyentuh gelasnya sendiri, sedangkan Max terus sambar dan habiskan setengah gelas terus. Maklumlah, cuaca kat luar bukan main panas.

“So how are you?” tanya Max. “Macam inilah,” jawab Nina, ringkas. “Hari ni macam mana? Masih nampak dia?”

Nina mengeluh. “Macam biasa. Dia bangun pagi nak pergi kerja. Dia cium dahi saya sebelum dia keluar bilik walaupun saya cuba sedaya-upaya tak hiraukan dia. Saya dengar dia mengeluh, Max… mengeluh! Macam dia sedih saya tak hiraukan dia. But what am I supposed to do, Max? He’s not real!”

“You knowing that – that he’s not real – is a good start. Don’t be too hard on yourself. Sekarang ni kita kena fokus untuk awak kawal emosi awak. Saya rasa sebab awak dah sedia nak lepaskan dia, tapi awak rasa bersalah – jadi imaginasi awak tentang Ryan pun akan bagi reaksi yang macam tu. Mengeluh dan sebagainya. Kita kena fokus untuk kuatkan emosi awak.”

“Yeah, that sounds good.” “Apa lagi yang jadi hari ni?”

“Dia balik kerja. Macam biasa, rushing nak ke bilik air. Jadi stoking dia tercampak ke sana-sini.”

Stoking yang Max pun boleh nampak. Tapi Max tak nak sebut. Dia tak nak Nina

bersifat defensive pula nanti. Terapi ni takkan ke mana kalau Nina mula rasa macam Max tak berada di pihaknya.

Kalau klien lain, Max dah sound direct dah. “Tu, stoking tu awak yang letak situ kan? Teruk sangat dah penyakit awak ni!” Tapi dengan Nina, tak. Dengan Nina dia rasa dia kena berlemah-lembut, sebab Nina dah cukup dikasari oleh takdir.

“Awak kata, awak tak pernah jemput sesiapa datang rumah lepas kejadian tu kan?” tanya Max.

Nina mengangguk, kemudian dia ketawa kecil.

“Why? What’s so funny?”

“Ada sekali tu, ‘Ryan’ tanya saya – okay tak kalau dia jemput parents dia datang satu malam tu untuk dinner. Mestilah saya tak layan. Dia cakap takpelah kalau saya tak nak. Saya tak jawab. Malam tu sebelum tidur, dia peluk saya. Saya nangis. Nangis sebab saya dapat rasa dia peluk saya sedangkan benda tu tak betul! Lepas tu dia tanya, “Sayang, I risau you macam ni.

Maybe you should consider therapy?” Saya terkejut sebab cadangan tu datang dari dia. Tapi pagi esoknya saya fikir balik, dan sebab cadangan tu datang dari dialah saya gi jumpa awak kat klinik awak tu.”

Ini makin parah namanya. Ryan si watak bayangan tu pulak boleh bagi cadangan munasabah! Makinlah Nina percaya kat dia dan makin susahlah Nina nak keluar dari dunia imaginasinya tu.

Baru je Max nak tanya soalan seterusnya, tiba-tiba dia dengar bunyi toilet di- flush. Muka Nina nampak terganggu seketika, tapi lepas tu dia berlagak selamba sambil minum teh o aisnya yang tak disentuh sejak dari tadi.

“Is there someone in the house?” tanya Max secara spontan.

Nina pandang Max. Ada sedikit rona panik dalam matanya. “What?” “Ada orang kat rumah ke? Ke tu bunyi

toilet jiran?” Sekali lagi Nina pandang Max – kali ni macam Max tanya soalan yang tak masuk akal.

“You… you heard that?” tanya Nina. Max pelik. “Telinga I okey lagi, Nina,” jawabnya dengan niat untuk berseloroh.

Tapi nampaknya Nina makin panik.

“Macam mana you boleh dengar?” “Like I said…” “No! You tak sepatutnya dengar! Itu Ryan!” Max terkedu.

“Pasal tu I buat tak peduli. Max, you’re not supposed to hear that!”

“Shhh… Nina, calm down. Macam

mana you tahu tu Ryan? Mungkin tu rumah

jiran. Tapi sebab you dah terbiasa dengan

kehadiran Ryan, pasal tu you fikir macam tu. Kawal emosi, Nina. Remember? Kawal emosi,” pesan Max dengan tenang. Nina tarik nafas dalam-dalam. “Yeah,

you’re right. Rumah jiran. I’m sure it’s the neighbor’s house. The walls are thin, anyway.”

“Good. Sekarang ni kita kena fokus pada kawalan emosi. Tak cukup sekadar awak buat tak tahu saja dengan kehadiran dia. Saya rasa masalahnya lebih dalam daripada tu. Kita kena selesaikan dari akar umbi, baru boleh betul-betul selesai,” nasihat Max lagi.

“Awak rasa… kenapa saya susah sangat nak lepaskan Ryan ni?”

“Mungkin sebab perginya tu terlalu mengejut. Selalu terjadi di kalangan ahli keluarga mangsa kemalangan. Mungkin awak boleh mula dengan beritahu diri awak yang kematian tu tak mengira umur. Dan tak ada apa yang boleh awak buat untuk elakkan kematian seseorang. Semua tu dah ditentukan,” Max dah bunyi macam ustaz dah ni ha! Mungkin kalau couples’ therapy dia dan Sandra ni tak menjadi, dia boleh audition untuk program Imam Muda.

Nina senyum. Pahit. “Saya dah tahu semua tu. Cuma saya tak sangka… benda sama yang ragut nyawa pakcik saya boleh jadi pada Ryan.”

“Maybe it’s a double grief kinda

thing. Awak masih lagi bersedih dengan pemergian Pak Su awak, dan tiba-tiba Ryan pula dah tak ada – atas sebab yang sama pulak tu. Awak rapat juga dengan Pak Su awak tu kan?” “Sangat rapat.” “Jadi mungkin, awak kaitkan dua kejadian hitam dalam hidup awak tu. Dan mungkin awak rasakan yang keduaduanya salah awak. Awak pernah rasa yang awak ni… bernasib malang?” “Lepas Ryan pergi, ada juga…”

“Well, you gotta let that go. Sekali lagi saya nak tekankan, ajal maut ni di tangan Tuhan. Macam mana awak cuba pun, awak tak boleh nak --““Nina…?” Suara tu datang dari koridor menghala ke bilik-bilik dalam apartment tu. Koridor yang kelihatan dari tempat Max dan Nina sedang duduk. Dan di situ, seorang lelaki memakai

boxer dan t-shirt lusuh sedang berdiri sambil memandang Max dan Nina.

Max pandang Nina, tapi Nina pandang tempat lain sambil pejam mata rapatrapat.

“Nina, siapa ni? Kenapa tak beritahu I ada orang datang?” kata lelaki tu lagi sambil mendekati kawasan ruang tamu. Nina bangun, panik. “Ryan, please…” Ryan? What the…? Apasal aku boleh nampak?!

‘Ryan’ mendekati Nina dan cuba memegang tangannya, tapi Nina menepis – dan Max boleh nampak semua ni!

“Nina, what’s going on? Siapa ni?” tanya ‘Ryan’ lagi.

“You can see me?” tak pasal-pasal terpacul soalan bodoh tu dari mulut Max.

‘Ryan’ pandang Max. “Of course I can

see you!”

Giliran Nina pandang Max dengan

pelik. “You can see him?”

“Yes,” balas Max. “Of course he can see me! Nina, kenapa ni, sayang?” soal ‘Ryan’ separa merayu, separa tak puas hati.

Sementara Max terus ternganga di tengah-tengah ruang tamu tu. What the

hell is going on?!

Nadia Khan seorang pengajar dalam bidang perubatan memiliki minat mendalam dalam bidang penulisan. Namanya mendapat perhatian penggemar Sastera Melayu Moden dengan debutnya Kelabu diikuti antologi cerpennya berjudul Cerpen yang kedua-duanya diterbit oleh Buku Fixi. Pakar Sakit Hati merupakan tulisan khususnya buat pembaca

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.